Tuesday, November 27, 2012

Seram Sejuk # 2

Kisah kali ni berlaku semasa kita belajar di ITM Perlis, 14 tahun yang lalu. Masa tu kita Part 1- DIA. Kami semua adalah junior Part 1 dari pelbagai kursus diletakkan di Kolej Cendana. Langsung takda senior.

Bila tiba waktu final exam, semua orang lambat tidur. Masatu macam2 cerita la muncul..sampaikan nak pergi toilet pun pergi ramai-ramai...

Apapun kisah seram kali ni bukan lah berlaku lewat malam...tapi awal malam dalam pukul 8 mlm gitu. Ida pergi toilet nak mandi. Lepas bukak paip shower pastu dia mengadap pintu bilik air, dia ternampak makhluk itu..lepastu dia tidak sedarkan diri...Pengsan gamaknya...

Lepastu...kalutla semua orang. Bagitau warden, dia suruh hantar ke hospital. Ermmm...

Hantarla Ida ke Hospital Kangar. Saya yang perlu jaga sebab dalam waktu terdekat saya takde exam + saya juga AJK kolej...

Di hospital, doktor tak dapat kesan apa2 penyakit melainkan masuk air dalam badan je la... kena tahan wad.  Aku pun tunggu la Ida. Tidur di kerusi di sisi katilnya....

Dalam jam 3 pagi semasa semua orang nyenyak tidur tetiba kita dengar Ida macam menjerit. Aku dalam hati berkata " Sudah nak buat apa ni..tak terlintas pun aku nak panggil nurse." Padahal masa tu ada nurse tengah siapkan seorang pesakit yang baru sahaja admitted sebab asma depan katil Ida.
Kita tanya Ida kenapa.
Ida jawab " tu benda tu datang nak tarik dia pergi suatu tempat"
Kita tanya lagi : "Benda tu kat mana?"
Ida jawab : " Tuu kat atas
(Dalam hati kita berkata-kata, macam mana Ida nampak sedangkan dia tutup muka dia dengan selimut...erm takpalah mungkin dia boleh nampak kot..sambil tu aku pandang la ke atas...memang kita tak nampak apa-apa pun..)

Aku terus pergi ambil wudhuk kat toilet nun yang jauh di belakang, lepastu aku baca Yaasin. Pedulikan Makcik depan kita yang baru hantar anaknya masuk wad.mesti dia pelik tengok sikap aku tetiba jer bangun tidor p amik wudhuk baca Quran kan...

Setelah baca Yaasin hampir satu mukasurat...kita tanya Ida lagi benda tu kat mana?
Kata Ida..tuu atas palang langsir pesakit depan dia..aku pandang kat palang tu...KOSONG...

Baca lagi Yaasin... lepas tu aku tanya lagi...kat mana benda tu....
Ida kata dia dah dekat luar tingkap...dia marah sebab Ida tak nak ikut dia......
Aku pandang luar tingkap....KOSONG..hanya kegelapan di pagi hari..
Lepas tu Ida ok...bangun bersembang plak...

Dua tiga hari jugakla dia di tahan wad tapi sebab sakit tidak dapat dikesan.Akhirnya seorang Ustaz yang selalu mengajar di ITM datang pulihkan Ida dan Alhamdulillah..lepas tu dia ok.

Kita ada tanya Ida, macam mana rupa benda tu. Kata Ida rupa dia macam orang yang dah tua, kulit berkedut, mata dia merah, pakai baju warna putih tapi dah lusuh. Baju labuhnya takat lutut dan dah koyak2.
Ermm...bayangla sendiri...

Nota hati : Selalu ingat pesan ayah baca doa2 untuk mengelakkan diri dari di ganggu oleh makhuk halus. baca Al-Matsurat, Ayat seribu dinar dll. Apa yang penting hati kita tidak lalai..selalu mengingati Allah- zikir
* Peringatan untuk diri sendiri** InsyaAllah..


Monday, November 26, 2012

Assalamualaikum... Apa Habaq...

Udah lama tak update cerita2 yang boleh di kongsi dengan sesiapa yang sudi.

Sebenarnya Ummi sedang menyesuaikan diri di tempat kerja baru, dengan rutin kerja yang baru dan kawan2 yang baru juga. Setakat hari ini (Udah Sebulan Setengah), banyak yang Umi belajar dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tam (My hubby) sebab bagi semangat dan dorongan.
Dan Alhamdulillah, rakan sekerja yang sangat ringan tulang dan sabar mengajar Ummi dengan rutin Kerja yang baru. Hajar, Lela, Kak Yati, Bee Kuan, Ewan, Kak Mona, Kala, Liza, Kevin dan Abg Nuar. Terima Kasih atas tunjuk ajar kalian.


Friday, October 12, 2012

Last Day working @ Tanjung Harapan

Assalamualaikum,,,



15 September yang lalu,  Ummi telah menghantar surat perletakan jawatan dengan notis 30 hari di sebuah syarikat logistic. Rujuk pertama kali.

Dan hari ini, 12 Oktober merupakan hari terakhir Ummi di sini setelah hampir 3 tahun berkhidmat dengan komited dan jayanya...Ngeh...ngeh..ngeh
Semoga pihak syarikat dapat mencari pengganti yang lebih baik....hurmmmm

Walaupun hari ni last day...Ummi masih buat kerja seperti biasa macam esok kerja lagi...Esok Sabtu..memang hari Sabtu kerja pun kan...Kalau masih di sini la...!

Apa pun terima kasih kepada majikan yang memang baik dan bertanggungjawab semoga terus maju. Ummi tak mampu membalasnya....Semoga Allah Memberkati Kalian.. InsyaAllah...

Wish me luck and success at new place. InsyaAllah.


Sunday, October 7, 2012

Jam 6 pagi....

Assalamualaikum....

Ntah apa mimpi la 3 beradik ni bangun awal...selalu pukul 7 belum bangun lagi especially yang si kecik tu..Hannan...tengok...orang tengah sibuk nak siap pergi kerja dia bleh bangun layan kartun.. kakak pun belum mandi nak p sekolah...Angah plak seluar dah terbang sbb lepas p tak sarung balik seluarnya...eee malula....


Saturday, October 6, 2012

Jalan Jalan @ Setia City Mall

Assalamualaikum wbt

Sabtu lepas ajak Abah  ke Setia City Mall. Ajak sebab nak minta Abah belanja kasut baru..hahaha. Alhamdulillah...dia sudi nak belanja..Jazakallah dear
Alasannya, kasut semua dah tak bleh pakai..tumit lekang la, koyakla....yela..mana taknya dah lebih setahun tak pakai sebab tahun lepas kan pregnant...pastu pantang....tau tau bila dah boleh pakai (sekarang Hannan dah 8 bulan) bila nak pakai semua kasutku hancuss....mungkin kasut murah kot ....

Lepas cari kasut....kita kasi Amna & Haziq seronok kat fountain yang berwarna warni....



Ini sahaja hasil tangkapan di Setia City Mall...

Seperti biasa, Ummi akan pakai Mobywrap senang nak bawa Hannan jalan2. Pram dah lama peram kat rumah....hihi

Balik dari Setia City Mall, sempat singgah makan kenduri di rumah officemate Abah di Rantau Panjang - Lebai kahwin. (Ummi siap bawa jubah untuk pakai masa p kenduri..takkan nak pakai jeans kan...tak sesuaiii...)

Hari ahad tak available sebab Abang Ipar nak datang sekeluarga nak kenduri SUP KAMBING... merbelessss...




Friday, October 5, 2012

''Buat Salah...Tak Buat Pun Salah" apa mau buat???

Assalamualaikum....

Hehe...pagi tadi punya hal...(sesi luahan hati)

Cerita ini adalah benar semata-mata dan tidak menggunakan nama sebenar sahaja atas sebab2 tertentu...kikiki

Tajuk : Semua Salah

Mimi bekerja di Syarikat Boom hampir 3 tahun. Dan baru-baru ni dia telah menghantar surat perletakan jawatan kerana mendapat pekerjaan baru yang lebih baik. Walaupun telah meletakkan jawatan, Mimi masih  bekerja seperti biasa seakan-akan dia tak pernah menghantar surat untuk berhenti kerja. (Rajinnya diaaa)

Suatu hari, ada pelanggan (syarikat DSM) meminta menghantar barang-barang berupa goodies dari Semenanjung ke Sabah (Pegalungan & Mempakat Laut) dan Sarawak (pedalaman Miri, Bintulu). Menurut kata pelanggan banyak syarikat penghantaran tidak mempunyai perkhidmatan ke tempat tersebut (terutamanya Pegalungan dan Mempakat Laut) kerana terlalu pedalaman...

Mimi memaklumkan hal ini kepada Managing Director (MD) Syarikat Boom yang Syarikat DSM ingin membuat penghantaran ke pedalaman (Pegalungan dan Mempakat Laut). Apa MD kata pada Mimi? Hah..carilah dalam Google...you can suka Google2 cari info!.... (MD selalu perli mcm tu)
Mimi macam biasa Google jer lah tp tak dapat banyak info...Mmmmmm baik tanya Kak Moon di kota Kinabalu kan.....

Makanya, Mimi mendapatkan maklumat dari Cawangan Kota Kinabalu Syarikat Boom. Maklumat daripada sana memaklumkan.... Goodies boleh di hantar ke sana cuma untuk ke Mempakat Laut mengambil sedikit masa kerana bot yang pergi ke sana hanyalah seminggu sekali... Makkk Oiii...

Mimi pun bagitaulah info tu kepada Syarikat DSM ni dan dia bersetuju menggunakan Syarikat Boom untuk menghantar barang barang tersebut.
Mimi pun mendapatkan pengesahan daripada Kak Moon di Cawangan KK untuk menghantar barang tersebut dan mendapat Green Light lah....
Makanya, Mimi mengaturkan untuk mengambil barang2 Syarikat DSM di Puchong pagi esoknya dengan bahagian transport.

Pagi esoknya,

Trritt...trittt...MD interkom Mimi

MD        : Sapa suruh awak buat DMS punya shipment.??
Mimi      : Err ....(tak sempat nak jawab)
MD       : DMS tu customer saya...awak jangan kacau customer saya... (terus letak phone)

Apa Mimi rasa?????? (Atau kalau anda di tempat Mimi ...apa anda rasa???)

Mimi pun jadi pelik.....bukan ke selama ini Mimi yang dok tolong dia buat quotation, arrange transport dan jawab telefon, jawab E-mail  hampir 95% customer dia?? Kan Mimi report Direct pada MD....
Lagipun, Mimi tak dapat satu sen pun komisyen kalau buat shipment DSM ni....kenapa nak berebut customer plak....lagipun payment nanti pun masuk dalam akaun Syarikat Boom/Syarikat milik MD la...bukannya poket Mimi....Lagipun customer taknak tau sapa yang handle shipment dia...yang customer tau ada orang assist dia untuk penghantaran barang2 dia kannnn...kannnnn....Huh huh...sabar Mimi...sabar....bla..bla..bla..

Apa harus Mimi lakukan????
1. Rajin bekerja macam biasa ??
2. Buat Deeerrrkkk Jela....

Dua2 tak bleh buat kann... takpe Mimi...sabarla...lagi 5 hari.....:-) Peace Yo...

SMILE ALWAYS walau DALAM TANGIS









Fenomena Halo Matahari.....

Assalamualaikum wbt..

Sekadar berkongsi gambar bagi Fenomena Halo Matahari pada 2/10/2012. Gambar ini dirakam di luar pejabat Ummi di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.
Gambar ni ambil dengan sun glass sebab silau sangat

gambar ni ambil dengan halakan kamera ke langit. Tak boleh tengok atas sebab memang silau.

Tu dia ada burung sesat terbang...

**Fenomena Halo matahari adalah lingkaran cahaya seakan pelangi (berbentuk cincin) yang mengelilingi matahari.

ALLAH MAHA BESAR


Thursday, October 4, 2012

Cerita Tentang Awal Pregnancy....

Assalamualaikum..

Ai...mengandung lagi ke Ummi tetiba je nak cerita pasal pregnancy.
Tak..tak...(sambil geleng kepala) Ummi belum mengandung untuk yang seterusnya kerana Ummi baru 8 bulan melahirkan Hannan....

Sebenarnya, beruntungla mana2 ibu yang mengandung tidak mengalami alahan ataupun alahannya taklah teruk sangat sebab Ummi memang jenis yang sebaliknya. Kalau awal mengandung tu memang jenis tak bleh nak bangun, badan rasa penat sangat, mual, tak boleh makan ataupun minum. Bau masakan lagila buat kita nak m*nt*h. Solat pun sambil duduk.

Ujian yang Allah berikan kepada setiap ibu2 itu berbeza. Hanya Allah yang Tahu akan kemampuan setiap hambaNya. Sabarla banyak-banyak...Bersangka baiklah dengan Allah...

"SABAR ITU PAHIT TAPI BUAHNYA MANIS"

**Kawan sepejabat, Kak Zana disahkan mengandung  baru 6 minggu. Siang hari boleh makan tapi bila malam memang rasa penat, Allah sahaja yang tahu. Rasa macam nak mati katanya. (hehe saya tanya dia tahu ka rasa nak mati tu macam mana?) Maklumla, anak dia yang paling kecik dah umur 9 tahun...orang kata macam mengandung anak sulung balik la...
Sabar ye Kak Zana...dia selalu datang bersembang tanya pendapat tentang pregnancy since dia dah lama tak mengandung...kita kongsi cerita la...**


Notahati: Besarnya pengorbanan seorang ibu**

Resepi # 2 : Kole Kacang

Assalamualaikum....

Kali ni Ummi nak share resepi Kole Kacang. Ummi ada rujuk beberepa resepi tapi macam payah jer nak buat. Kuih ni di kira kuih orang lama, jadi Ummi mengandaikan orang lama menggunakan bahan asas yang mudah didapati seperti santan, tepung kacang hijau, gula melaka.gula merah.
Jadinya terhasil la kuih ini. (Abaikan tarikh pada gambar sebab ini adalah gambar pertama kali buat Kole Kacang ni)


Bahan-Bahan :

1 biji kelapa - ambil santan pekat (perah sekali sahaja)
(Masak santan dalam periuk dengan api perlahan sehingga ianya berwarna kekuningan dan menghasilkan minyak kelapa- tapis tahi minyak dan ketepikan untuk di tabur atas kole kacang nanti)


400 gm tepung kacang hijau
400 gm gula merah
1 liter air
2 biji kelapa - ambil santannya jadikan 12 cawan (cawan minum teh)

Cara-Cara:

1. Masak gula merah bersama 1 liter air - tapiskan
2. Ambik kuali besar. Sangai tepung kacau hijau sehingga wangi
3. Masukkan santan dan gula melaka yang telah ditapiskan dan kacau sehingga semuanya sebati dan likat
4. Tutup api. Masukkan kole yang telah masak ke dalam bekas. Taburkan tahi minyak
Sedia di makan.

Selamat mencuba.


Wednesday, October 3, 2012

Seram Sejuk 01...

Assalamualaikum.....wbt

Tajuk jer gempak Seram Sejuk tapi ceritanya takla seram sejuk sangat...hehehe..Kalau sudi nak baca silakan... inilah pengalaman ku....(pada Ummi ini adalah cerita seram yang kelakar)

24 SEPT 2005

Kali ni nak cerita kisah seram sejuk masa hari pertunangan Ummi. Menu hari tu adalah gulai kawah, ayam percik, ubi keledek sira (Serawa Ubi), acar timun, sambal belacan dan ikan kering goreng.
Tukang masak macam biasa Tok Mek and the Gang (Tok Mek dan adik beradiknya- Mak Nab, Mak Cik, Mak Som dan Maksu).

Mak Nab ditugaskan untuk membuat ayam percik. Semasa tengah dok buat tu..tetiba Mak Nab jatuh pengsan. Semua orang terkejut dan cepat-cepat pakat angkat masuk dalam rumah. Sapu air kat muka, kasi kipas bagi sejuk skit badan..yela kan panas sangat tengah bakar ayam, tu yang sampai jatuh pengsan.

Dalam tengahari semua lauk dah siap tinggal tunggu rombongan meminang sampai dalam pukul 2 ptg.
Majlis berjalan lancar dan selesailah urusan peminangan saya..hehehe.

Dalam pukul 7.00 petang, Ummi sekeluarga duduk di ruang tamu bersembang santai sambil pilih kain pasang mana yang berkenan di hati untuk di buat baju kurung (ada abang Adi, Tok Mek, Tok Ayah, Mak Long, Kak Fiza dan dua orang kanak2 comel. Masa ni Salman dengan Izzuddin baru berumur 6 bulan)

Tiba-tiba dua orang budak comel tu menangis. Ingatkan menangis biasa jer nakkan sesuatu tapi menangisnya sambil pejam mata. Kuat pulak tu....ini lain macam je..... lagi lagi tetiba je tok Mek cakap "Eeee geramnya aku..mari sini budak tu" sambil Tok Mek meluru pada Salman di riba Mak Long.
Dah tengok Tok Mek lain macam jer... Abang Adi terus meluru ambil Salman dan Izuddin suruh bawak masuk ke bilik cepat. Lepas tu, Adi pegang Tok Mek sebab Tok Mek dah meracau-racau dah.
Antaranya Tok Mek bagitau :

TokMek : "Hihi padan muka dia tu tadi, dah ada orang pengsan sebab tak nak bagi kat aku sikit"
Adi         : Sapa yang pengsan? Nak bagi apa???
TokMek : Tu tadi tuh yang pengsan kat dapur tu...padan muka dia..tu aku hempap kepala dia sebab tu dia
                pengsan..dia tak bagi aku ayam. Aku nak jugak. Aku lapar. Tak bagi sangat..hehe padan muka...
Adi        : La...kalu gitu mu la hok kacau Mak Nab pagi tadi...kamu nak ayam la ye...
TokMek : Ho la (sambil gelak-gelak).

Sambil dok bersembang dengan TokMek yang dirasuk tu, adik pergi panggil Ayah Aji untuk pulihkan TokMek. Sementara tunggu Ayah Aji sampai (dia nak datang selepas sembahyang Maghrib) Ummi dan Abang Adi saja ajak Tok Mek bersembang. Adi tanya:

Adi         : Mu duduk di mana??
TokMek : Tu...aku duduk atas pokok belakang rumah tu...pokok setto (pokok Manggis)...pokok hok nok
                mati tuh...aku la duduk...
Adi        : Oooo kalau macam tu...selama ni yang kami tengok ada pokok yang nak mati (daun kuning jer) tu
               kaula duduk ya..? Patuuttlaaa...
               (Belakang rumah Tokmek ada 5 pokok manggis, depan rumah ada 4 pokok manggis. Sian pokok manggis tu dah nak mati, memang semua daunnya menguning tapi selepas beberapa minggu, daun tu tumbuh subur dan menghijau balik. Kami tak terlintas plak ada makhluk daripada api yang tumpang atas pokok2 tu selama ni)

Tok Mek : Ho laa.....hehe..
Adi       : Takpalah...lepas ni aku nak tebang la pokok yang kau duduk tu....
TokMek : Kalu mu tebang pokok tu aku duduk atas tunggul dia..
Adi      : Aik menjawab pulak! Takpa...nanti aku cabut tunggul tu pulak, mu takdak tempat dah nak duduk
TokMek : hehe..takpa nanti aku duduk la dalam lubang dia
Adi      : Lama dah ke kau duduk sini?
TokMek : Hehe..aku lama dah dok sini. Mu...Mu...Mu...pon tak dok lagi sini eh (sambil dia tunjuk pada
                Adi, Ummi dan Mak Long)
Adi   : Mu ada tuan dak??
TokMek : Dah lam aku duduk sini. Aku takdak tuan sebab tu aku lapar. Taknak bagi sangat kat aku ayam
                percik tadi..padan muka.


Memang asyik betul dok bersembang. Pastu ajak sembang lagi Tokmek tak mau dah dia kata dia mengantuk. Pastu dia buat2 tidur. TokMek kata dia tak berani nak tengok Adi bila Adi suruh tengok mata dia tapi TokMek jengil mata dia kat Ummi..katanya Aku tak takut dengan mu....Eeee terus Ummi lari belakang Adi....takut dan terkejut..

Ayah Aji sampai rupanya..patutla dia buat2 nak tido.
Ayah Aji buat apa yang perlu dan dengan izin Allah Tok Mek dah tak di rasuk lagi.

Notahati: Itulah realiti kehidupan. Mungkin sesiapa yang tidak pernah menghadapinya mengatakan ianya karut tapi cerita di atas dialami sendiri oleh Ummi sekeluarga...Dan sememangnya banyak makhluk yang sepertinya yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Kalau nampak...hurm...tak taula macam mana kan....Kepada Allah sahaja tempat kita mohon pertolongan dan iblis dan syaitan tidak mampu memberi kemudaratan kepada kita manusia dan hanya Allah yang Maha Berkuasa.


.







Tuesday, October 2, 2012

Selamat Hari Ulangtahun to ME yang ke......?

Assalamualaikum wbt....

Emmm Hari Ulangtahun untuk diri sendiri yang ke 33. Ya..hari ini 02 October 2012. Umur Ummi dah 33 tahun. Umur makin bertambah....Anak pun sudah 3 orang. Doa Ummi agar

1. Bahagia bersama si dia hingga ke akhir hayat
2. Dimurahkan rezeki yang Halal dan Berkat
3. Di kurniakan anak yang soleh & solehah
4. Menjadi hamba Allah yang lebih baik berbanding hari semalam

Apapun...kita selalu inginkan yang terbaik dalam kehidupan kita. InsyaAllah.

Notahati: Macam tak percaya umur dah 33 tahun..rasa macam baru 23 tahun..hehehe perasan muda..:-)
Suka dengan pesanan di bawah ni...


Friday, September 28, 2012

Doa Rasulullah...

Sama-sama kita amalkan. Semoga mendapat empat perkara kebaikan - ILMU, SIFAT BERLAPANG DADA/LEMAH LEMBUT, KETAQWAAN DAN KESIHATAN.
InsyaAllah




Siri Kisah Benar......Seram sejuk..!!

Semalam, officemate Ummi cerita kisah seram dia masa perjalanan balik ke Kelantan dan kisah seram dia di Rumah Tamu No. 8,UiTm Kuantan. (Huhu..meremang dengar dia cerita)

Lepas tu Ummi terpikir, mmmm menarik juga kalau Ummi kongsi cerita pengalaman seram Ummi selama ni..almaklumla...Ummi kan tinggal di kampung dan pernah tinggal di kawasan pedalaman Gua Musang dari umur 9 tahun hingga 18 tahun. Sekolah pun kat sana..
Ada juga pengalaman seram semasa di UiTM Perlis dan tempat tempat lain.

Nantikan Siri Kisah Benar...Seram Sejuk 01..

Notahati: Sebenarnya...syaitan/iblis ini selalu ingin menyesatkan umat Nabi Muhammad supaya mensyirikkan Allah (itu janji mereka dengan Allah untuk menyesatkan Umat Muhammad sehingga kiamat).
Walau bagaimanapun, selagi kita mengingati Allah dengan sentiasa berzikir dan membaca AlQuran...InsyaAllah...kita akan dijauhi daripada mereka itu.

Tuesday, September 25, 2012

Peminat Durian Forever...itulah Sepet aka Haziq

Assalamualaikum wbt...

Bulan June hari tu balik kampung Ummi di Kelantan. Sepanjang jalan terutamanya di Bentong, banyak gerai durian. Haziq dah mintak...Nak Duhiyan (Durian)..belila Duhiyan....Kata Abah...nanti kita beli, kita makan dengan Tok Ayah dan Tok Mek.

Hurmmm....disebabkan bila balik semua nak makan...dah lupa durian. Bila on the way balik ke Kuala Langat  mulala Haziq minta nak durian. Kami decide kita beli dan makan durian kat tempat tu jugak. Nak bawa masuk kereta tak sanggup oooiiii..baunya!! Tak Tahan...

Maka, Abah singgahla kat satu gerai dan kita makan kat situ jugak. Amekau Angah...makan sampai lebam Musang King...Enak Bangat
 Ha. Durian Musang King...Memang sedap...
Dah tak larat nak habiskan...mintak bekas dengan Tauke durian...Tapau bawak balik..

Notahati: Seronok layan anak2 makan ...





Monday, September 24, 2012

Resepi # 1 :Ketupat Sotong

Terjumpa gambar Ketupat Sotong yang ummi masak 2 tahun lalu (tengok date dia- tahun 2010 tu) hehehe
Bukan bermakna kali terakhir ummi masak Ketupat Sotong ni 2 tahun lepas kan..

Bahan-Bahan :

10 ekor sotong ( selalunya saya cari sotong yang besarnya dalam 2 jari sahaja)
Beras pulut (Segenggam)
2 1/2 cawan Santan pekat
3/4 keping Gula Melaka
2/3 sudu gula
secubit garam
3/4 helai Daun Pandan
Lidi Kelapa secukupnya

Cara-cara:
1. Bersihkan sotong (buangkan dakwat hitam, gigi dan tulang lembut macam plastik)
2. Rendamkan beras pulut dengan santan yang telah dimasukkan dengan secubit garam.
3. Masukkan beras pulut kedalam sontong, separuh sahaja. Kemuadian letak kepala sotong dan pinkan dengan lidi kelapa.
4.Sotong yang dah siap di isi beras pulut disusun dalam periuk. Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula melaka dan gula -masak atas api perlahan.Tutup periuk jangan rapat sangat biar ada ruang sikit untuk wapnya keluar.
5. Masak lebih kurang 1/2 jam @ 40 minit
(kalau beras pulut yang di isi dalam sotong tu ada lebih, jangan di buang- saya selalu masukkan dalam plastik..cucuk garfu  skit pastu masaklah bersama sotong. nanti sedap kalau makan dengan kuah ketupat sotong tu )

Psst: Pesanan : Ketupat sotong ni memang manis bak kata abah..."Makanan Potong Kaki" hehehe Manis Sokmo...

Selamat Mencuba....


Saturday, September 22, 2012

Perihal Masak Memasak...

Assalamualaikum...

Emm.... kalau bab masak memasak ni ummi bukanlah seorang tukang masak yang handal. Kalau masak untuk keluarga tu bolehla..lagipun Ummi mendapat ilmu masakan secara tidak formal dengan mak- banyak melalui pemerhatian. Selalu dok tunggu mak kat dapur...tengok cara mak masak sesuatu macam mana, kemudian sampai masa buat sendiri..ikut macam mana mak buat....sama ke tidak itu hal kedua sebab nanti bleh tanya balik kan....call la mak tanya macam mana nak buat ngeh..ngeh..ngeh..apa susah...

Nanti Ummi nak share resepi masakan yang Ummi buat sendiri hasil pemerhatian dan tengok cara mak kita buat.

Resepi # 1 Bakal menyusul.

Wasssalam...

Notahati : Teringin nak makan ketupat sotong. Dah lama tak makan sebab dok berpantang tak makan sotong, udang, telur dan makanan yang boleh menyebabkan Hannan alah. Kulit Hannan Sensitif.

Friday, September 21, 2012

Tapau Cendol Durian Borhan di Tanjung Karang...

Kalau nak balik ke Pantai Remis, memang kami suka ikut Kuala Selangor-Teluk Intan. Dan bila lalu je Tanjung Karang terus bagi hint kat Abah supaya singgah kat kedai Cendol Durian Borhan...mesti sedap Cendolnya sebab orang penuh je (Bila time kami lalu la)...tapi sedih..tak pernah nye singgah
Abah bgtau dia ada terbaca dalam satu akhbar tentang Cendol Durian Borhan ni..katanya...takpe, lepas ni kita singgah ye...
Lepas raya hari tu masa kami nak balik Kuala Langat (dari Pantai Remis), Ummi ajak Abah singgah tapi memandangkan ramai orang kami tapau je, menikmati Cendol Durian dalam kereta jer... Memang best la..

Bukti Ummi singgah?? Ni jer la gambar yang sempat snap dari dalam kereta sambil tunggu abah p tapau cendol sambil tu dok layan karenah anak2
Tengok, orang tak putus masuk ke kedai cendol...sebelumtu nak snap tapi scene tak cantik sebab penuh kereta depan ni ...la baru nampak khemah kedainya....

Notahati : Lain kali ajak Abah singgah lagi...makan kat situ plak...





Thursday, September 20, 2012

Cha Kuey Teow Hayda di Pendamar....Besttt

Sejak pindah ke Kuala Langat ni, Ummi takde idea mana nak cari tempat makan yang best.
Masa kat Bandar Tun Razak, banyak tempat makan yang best spt di Kg Baru, Kg Pandan, Jalan Ipoh, ataupun di BTR sendiri spt di Velodroom (Dekat dgn Downtown Cheras). Pendek kata..banyakla tempat makan...

Setelah hampir 2 tahun di Kuala Langat ni, akhirnya Ummi jumpa satu gerai yang jual Char Kuey Teow best punya. Ianya Gerai MPK di Taman Pendamar Indah (bersebelahan Petronas Station)-HAYDA CHAR KUEY TEOW.
Tu dia tokey yang baju oren pakai topi chef

Ummi kalau pergi dengan Abah memang akan order special punyer pastu bila dah hampir nak habis makan mesti order lagi satu..special punyer...order 3 pinggan makan 2 orang WAJIB. memang habis dan licin sehingga menjilat pinggan...Burpp..Alhamdulillah...
Nah..tu dia char kuey teow kerang dan udang
ni baru pinggan pertama
haa...tengok dah pinggan ke 3...

Kalau sesapa ada cadangan tempat makan yang best bolehla share info yer.... dah buntu mana mau cari tempat makan yang best kat Kuala Langat atau Klang atau Port Klang selain ikan bakar di Tanjung Harapan...

Pssst .....Sekadar berkongsi info ...bukan nak promote sebab takde share pun dengan tokey Char Kuey Teow Hayda ni...hihihi

Notahati: Amna dan Haziq pun dah pandai mintak nak makan kuey teow basah best...




Hannan makin lasak..

Gambar Hannan terbaru dalam walker....tak duduk diam...bergerak ke sana situ sini...



Wednesday, September 19, 2012

Kak Tam Wan Chor & Abg Tam....Tunaikan Ibadah Haji

Hari Isnin cuti ganti Hari Malaysia (17 Sept 2012) kami sekeluarga hantar saudara yang nak pergi menunaikan rukun Islam ke-5, Kak Tam Rodhiah & Abg Tam Mazlan di Kompleks Haji Kelana Jaya. Pendaftaran masuk mereka pukul 1 pagi...


Kami semua duduk di khemah yang disediakan sementara menunggu waktu pendaftaran. Seronok...anak2 Kak Tam semua ada kecuali Tiah yang dah berangkat ke Cairo 2 hari lepas..Opah ada, Pak Cik Kuan ada, Pak Teh Kimi ada, Anak Ji, Faizin (anak ayah Cu Bit), Abang E dan anak2, Ustazah Siti Aminah dan Suami.

Yang paling tak boleh nak lupa, kami makan burger paling best. Harga RM2.50 semua yang makan akan gelak2 sampai burger habis.hahaha Best ever Burger...kikiki
Inilah burger yang best tak terkata. Hanya ada sos dan mayonis sahaja...hahaha roti potong 2, letak sos, letak daging burger pastu letak mayonis..taraaa...dah siap....

Apapun, syukur pada Allah...ada makanan untuk menghilangkan rasa lapar waktu tu Alhamdulillah. Nak buat camna orang ramai sangat. Masing-masing hantar mak/ayah/adik/kakak/saudara nak pergi Haji.

Semoga Kak Tam dan Abg Tam selamat pergi dan selamat kembali, semoga diberikan Allah kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadat dan mendapat Haji yang Mabrur. InsyaAllah...

Notahati: Simpan niat agar suatu hari nanti dapat menunaikan Ibadah Haji bersama suami juga. InsyaAllah.

Saturday, September 15, 2012

Pertama Kali....

Alhamdulillah...lega rasanya bila Surat Cinta (Resignation Letter) udah sampai ke tangan PA boss..

Bukan apa inilah pertama kali ummi buat surat untuk berhenti kerja....sebelum ni company yang berhentikan ummi  dulu sebelum ummi berhenti (sebab co. offer VSS...)

Sekarang ni perlu bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa yang bakal berlaku dalam tempoh 30 hari akan datang. Moga Allah permudahkan segalanya... Amiin...

Notahati : Ya Allah.. Hanya KepadaMu kami Sembah dan Hanya KepadaMu Jua Kami Mohon Pertolongan. Sesunguhnya HambaMu ini Redha dengan setiap Ketentuan dari Mu...

Monday, September 10, 2012

Ingat Sampai Sekarang..

Assalamu'alaikum....

Terjumpa statement di atas dalam facebook.... terus mengingatkan Ummi pada pesanan Kakak Ipar (Kak Pah) lebih kurang 15 tahun yang lalu....

Masa tu cuti semester, Ummi kerja kat kantin sekolah Kak Pah mengajar. Adalah anak buah owner kantin tu ajak pergi tengok wayang... bila bagitau Kak Pah...terus dia kata : HA...PERGILA KALAU TAK TAKUT....KALAU MATI KAT PANGGUNG WAYANG TU MACAM MANA????

Dalam dok ingat statement Kak Pah yang terngiang2 di telinga, Ummi pernah 2 kali jejak panggung wayang sebab:
1. Company  sponsored sewa satu Panggung Wayang di Sunway untuk buat announcement penting dan lepas tu  semua pakat tengok Rush Hour 3. Kita sempat layan 15 minit...terus balik rumah...
2. Kawan2 masa belajar dulu buat perjumpaan kat KLCC, lepas tu layan CJ7 kat panggung...

Dan, biarlah orang gelak kat Ummi sebab tak pergi panggung wayang.....Masing2 punya pendapat dan pandangan kan... Ummi tak Kisah.... Asalkan Bahagia...

Nota Hati : Semoga segala tindak tanduk kita mendapat pahala dan diberkati olehNya. Dan semoga anak2 ummi mampu menjaga diri dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya.

Sunday, September 2, 2012

Orang ke ...!!!

Assalamu'alaikum

Ada cerita best punya.....

Masa raya ke -5 nak balik ke Perak (dari Kelantan) kita balik ikut Gua Musang-Cameron Highland-Simpang Pulai- Pantai Remis...

Tepat jam 7 petang/malam kita sampai Gua Musang...dengan hujan kekadang gerimis...kekadang lebat...kita memulakan perjalanan ke Cameron Highland....(dalam hati mohon Allah pelihara perjalanan kami.).

Dalam pukul 7.45 mlm aku rasa mengantuk sesangat. Amna dan Haziq  melena dari awal lagi dah sebab memang disuruh tidur takut nanti muntah...jalan kan bengkang bengkok...feninla kepala
Hannan pun lena gak sambil tu dok dengar Surah Yaasin yang ntah berapa kali ulang ntah...

Hujan makin lebat woo. Dalam dok nak lena tak nak lena tu aku terlelap seketika dan terjaga dengan mengejut. Tetiba, Abah tanya Ummi...

Abah              : ha..nampak tak??
Ummi             : nampak apa?
Abah              : Tu tadi ada orang pakai baju hitam angkat tangan nak tumpang. Nampak tak.??
Ummi             : Mana nampak kita mengantuk sangat tadi sampai terlelap jap. Sorry dear..
Abah              : Minta maafla ya...kereta saya dah tak muat dengan anak2 yang sedang tidur kat belakang.
                        Kot ada orang belakang nanti boleh bagi tumpang

Kalau betul orang camna....kesian dia dalam hujan ???

Takpelah...kita berdua membuat kesimpulan mungkin itu orang2 asal kat situ kot nak tumpang...hehe tapi mana ada kampung orang kat situ...

Notahati : Alhamdulillah...selamat sampai ke Simpang Pulai tepat jam 9 mlm dan meneruskan perjalan ke Pantai Remis. Sampai umah opah lebih kurang jam 11 mlm lepas menyinggah di McD Sri Iskandar dulu isi perut..semua kelaparan...

Saturday, September 1, 2012

Salam Hari Raya...1433H

Assalamu'alaikum...


Bila Tiba Hari Raya...Semua Insan Bergembira...

Hari ni dah 14 Syawal 1433H.. banyak betul jemputan open house dan kenduri kahwin...yang pasti kita tuju ke rumah jiran dulu...Cik Ros/ Edi nye Open House..

Dah 14 hari Bulan Syawal... sempat lagi ni Puasa 6- Bulan Syawal ..InsyaAllah...

Dan Ingat;

1. Makanlah sekadarnya untuk menjaga kesihatan...
2. Yang penting hubungan silaturrahim menjadi keutamaan...

Semoga Bahagia Selalu..

Thursday, August 9, 2012

"Nanti dapat Pahala"

Assalamualaikum wbt..

Selalunya, bila lalu je road hump (bonggol jalan), Angah akan sebut "Ohotot"=Opocot. Ntah dari mana dia dapat perkataan tu.. sebab selalunya kita sebut "Allahuakbar". Kakak pun sebut 'opocot'.

Ummi selalu bgtau Kakak Amna, kalau sebut Opocot tak elok....nanti Allah marah... kalau sebut Allahuakbar..kita dapat pahala...Lama2 kakak dah tak sebut opocot dah..Alhamdulillah....

Angah plak memang sengaja sebut Opocot sebab nak berlawanan dengan Kakak.

***tak mengapalah...moga nanti dia dah tak sebut perkataan tu***

Suatu hari, Maksu bawak Angah naik Motor pergi kedai runcit. Bila lalu road hump...Maksu sebut "Ohotot"..saja nak ajuk sebutan Angah...

Kemudian Angah kata..."Ukan...Allahubak..." (Bukan...Allahuakbar)
Maksu tanya lagi.." Kenapa Allahuakbar"
Angah jawab..." Ati apat ha ala" (Nanti dapat Pahala)
Maksu : OOOO Obaan... (Cobaan)

Notahati: Itulah kanak2...kalau kita sabar menyebut perkataan/kata2 yang baik...lama2 dia akan terikut untuk menyebut perkataan yang baik juga. Ummi dapat pengajaran supaya bersabar dalam mendidik anak2..

Wednesday, August 8, 2012

Angah ooo Angah aka SEPET

Assalamua'laikum wbt

Huhuhu..... rosak sudah kamera ummi bila Angah rendamnya dalam baldi kat bilik air..... Nasib baik Memory cardnya ok....selamatla gambar2 yang belum upload lagi tu...Alhamdulillah

Bila tanya kenapa Angah rendam air kamera Ummi?? Jawabnya 'Ntahh' (Gayanya angkat bahu)

Perlukah dirotan Angah???

Oooo tidak. Jangan dirotan untuk kesalahan itu sebab mungkin dia ingin mencuba...kalau rendam kamera dalam air apa jadi ye....hehe rosak laa...

Sekarang Angah baru 3 years plus.... memang dia tengah lasak..

Dan sekarang ni dia suka mainan robot, kapal terbang, buat kapal terbang kertas, nyanyi lagu2 Maher Zain dan VOU-Erti AlFatihah dan dalam latihan buang air dalam toilet..haha SABAR la Ummi dan Abah
Namanya pun kanak2.

Notahati : Moga Angah tak buat lagi lepas ni...

Puasa 2012.....

Assalamu'alaikum..wbt

Alhamdulillah syukur kepadaNya kerana sedar tak sedar sudah 19 hari kita berpuasa.
Ummi bukan apa, bila teringat balik puasa tahun lepas 2011...banyaknya dugaan dan memang mencabar...
Apa yang mencabar sebenarnya????
Masa puasa tahun lepas Ummi pregnant  baru 3 bulan ++....morning sicknes dah jadi morning, evening, night sickness dan tak kira masa la..... terus flat tak bleh makan tak bleh minum, tidur aje seharian...solat pun duduk...pergi kerja....tak bleh buat kerja apa2 pun (Nasib baik la majikan faham)
Tahun lepas pecah rekod...lauk berbuka hari2 beli kat pasar Ramadhan...sebab Ummi memang tak boleh masak. Kesian Abah...dia dah boring dengan lauk pasar Ramadhan (itu pun dah pergi lain-lain pasar Ramadhan)...Tahun ini sebaliknya.... banyak masak dari beli ler...

Dan Syukur Alhamdulillah..dalam ketidaklaratan dan mabuk muntah, Ummi berjaya puasa habis sebulan tanpa miss satu hari pun tahun lepas.
Ramai orang yang nasihatkan supaya ummi tak payah puasa tapi Ummi rasa sayangnya nak tinggal puasa.....Ramadhan datang sekali je setahun...takut tahun depan kita tak sempat nak melaluinya....






Saturday, July 14, 2012

Apa jadi selepas 1 jam jadi MR UMMI

Assalamu'alaikum..

Ummi saja telefon nak tanya Abah keadaan depa terutamanya Hannan. Amna dan Haziq tak perlu risau sebab depa memang GOOD GIRL and GOOD BOY.

Hannan dah bangun, dah pun mandi dan sedang minum susu... Alhamdulillah...lega dengar...

Lagi dua orang tu: Amna makan Funfries, Haziq minum kopi 'O' cicah biskut Cap Ping Pong....his favourite..

Lega sebab Abah boleh handle Hannan and another two kids jugak..


Notahati:
Ya Allah, Aku bersyukur dikurniakan Suami yang baik, penyayang dan memahami. Ameen.


Bila pengasuh aka IBU cuti

Assalamu'alaikum...

Dua minggu lepas IBU dah bgtau nak cuti Sabtu, 14 Julai = hari ni la...sebab nak buat preparation pertunangan anaknya, Angah. Majlis pertunangannya esok 15 hb julai.
Jadinya...3 budak comel tu sapa nak jaga??? Nak buat camna Ummi kerja setiap Sabtu (half day)

Plan asal nak hantar pada Adik kat Shah Alam..tapi dia plak busy nak finalise Thesis dia...jauh la plak...

Tetiba Abah cakap "tak pe biar Abah jaga, kan esok off day?? Ummi tak percaya ke Abah boleh jaga Hannan??"mmmmmm he.he

Ummi dalam hati....boleh ker Abah nak jaga Hannan ni? Boleh ker dia nak mandikan Hannan??? bla bla bla boleh ker about Hannan??
Bukan ape Hannan baru 5 months plus...

inilah Hannan, suka makan jari...

Tapi nak jaga Hannan ada syarat.......Hah..ada syarat?? 
1. Ummi kena masak siap2 pagi sebelum p kerja. Abah request nak makan lauk Sardin + nasi putih 

Syarat2 lain?? tiada. Hahaha...Petik jari jer la....sebab senang.

Apapun pagi tadi Ummi dah siap buat lauk sardin, goreng funfries favourite Amna dan air kopi 'O' favourite Haziq.

Waktu nak gerak ke office tadi Hannan belum jaga...masih tidur lena selepas minum susu pukul 7.30pg.

Kita tengok apa jadi bila Abah jadi MR UMMI hari ni with 3 kids.


Notahati:
** I WISH I CAN FIND JOB: WORKING 5 DAYS A WEEK** INSYAALLAH**
Bolehla Sabtu Ahad bagi tumpuan untuk keluarga...

Wednesday, July 11, 2012

Rancangan REMEDI di TV9...menarik....

Selalunya remote Astro di tangan Amna...memandangkan semalam homeworknya belum siap dia tak peduli la remote Astro tu....
Makanya peluang ummi untuk tukar ke channel yang ummi suka....Channel TV9 Rancangan REMEDI...macam menarik dan best je sebab sebelum ni tengok iklan -(tanggapan saya) dia macam rancangan berkenaan rawatan traditional menggunakan herba dari alam semula jadi. Bila search info tentang rancangan REMEDI, saya jumpa blog Mazlin Nordin cerita tentang program ni...

Rancangan REMEDI semalam tentang tabib tulang di Kg Ungku Mohsin di Johor bernama Uncle Chong, 82 tahun. Uncle Chong nampak masih kuat dan petuanya beliau hanya makan nasi sekali je 1 hari pada pukul 5.30ptg...malam tak makan dah, b/fast & lunch makan jugak tapi bukan nasila...hari2 macam tu dan diamalkan dari umur 28 thn lagi....sebab tu Uncle Chong pakai seluar saiz pinggang 31 tuh...siap tunjuk kat pengacara lagi tuh..hehehe

Memang ramai orang dari pelbagai bangsa ; Melayu, India, China etc berkunjung ke sini untuk mendapatkan rawatan alternatif daripada Uncle Chong dan dibantu sama oleh dua anak Uncle Chong yang telah mewarisi ilmu 'chi kuk'(rawatan tentang tulang) daripada beliau.


Haziq
ternganga mulutnya tengok kaki budak perempuan (dalam brp thn tah) kena kepak ke belakang oleh Uncle Chong sebab tulang belakang dia bengkok...hiiannnya... (kesiannya) kata Haziq...

Notahati: Teringat pada abang sendiri yang pernah accident tercabut sendi buku lali (bukan patah)...makan tahun nak baik..last sekali bawak pegi jumpa tabib tulang di Tanah Merah Kelantan, Paksu Mat namanya
Ubat dia tempek lebih kurang macam rawatan Uncle Chong jugak cuma Paksu Mat nye warna kuning...

Tuesday, July 3, 2012

Alhamdulillah...Tok Ayah dah sihat

Baru call Tokmek tanya keadaan Tok Ayah...Alhamdulillah Tok Ayah dah sihat..dah makan nasi sikit pagi ni...pergi solat Jumaat dengan Pak Long.
(Tok Mek baru lepas berurut dengan MakCikTimah, kakaknya sebab sakit urat)

**Notahati:  Bestnya kalau dapat berurut lagi dengan Makcik... macam masa dalam pantang hari tu..

Patutnya post ni selepas sehari tau tok ayah demam....kesibukan melanda..

Thursday, June 28, 2012

Tok Ayah Haziq demam aka ayahku demam

Assalamu'alaikum....

Lamanya tak post entry sejak balik kg hari tu...

Baru dapat call dari tokmek...bagitau tokayah demam dah seminggu tak bangun... Biasanya kalau ayah demam biasa2 saja tokmek takkan bagitau atau tokmek sendiri demam..dia takkan bagitau. Kalau anak2 telefon tanya...dia cakap sihatttt selalu....taknak bagi anak2 risau katanya....

Ya Allah...Ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku.....

Terfikir sejenak...'mesti ayah demam teruk ni.. kalau tidak masakan tokmek nak call bg tau... baru semalam call kata semua sihat'

Ummi   :     Sehat ko hari ni?? (Soalan yang selalu akan aku tanya sebab Tokmek ni selalu tak sihat)
Tokmek  :  Sehat...ni saja jah nok royak ni ayah deme (demam) ni..tok bbangun seminggu doh...Jange royak
                  ko Adik Su deh takut dia teriok...lgpun dia nak periksa ni.... Kalu dia tanya royak ayah sihat la
                 deh...Ni mu sore jah tau ni ayah deme (demam). Adi denga Ja pun Mek tok royak...
Ummi    :  (terkedu, terkejut) yoko...gi klinik doh ko???
Tokmek :  Gi doh...baru jah balik ni.
Ummi     :  ho lah...kalu  Adik Su tanya kito royak la ayah sihat.. (rasa sebak di dada...aku mau nangis tapi control je takut Tokmek tau) .


Semoga ayah sembuh cepat....Ameen

Tok Ayah Kesayangan Haziq aka Sepet





Wednesday, May 30, 2012

BALIK KAMPUNG TOK MEK & TOK AYAH....

Terasa lambat jarum jam bergerak...almaklumla Ummi dah tak sabar rasanya nak balik kampung nunn yang jauh di Pantai Timur, Negeri Cik Siti Wan Kembang. Ummi tak balik sana hampir 8 bulan...lama tuu..

Esok 31 Mei 2012 Ummi dah start cuti sampai 4 June 2012.

Dah plan macam-macam nak makan, mana tempat nak pergi tapi apapun tengok keadaan dan masa jugakla memandangkan ni time cuti sekolah,, mesti jalan akan jem..pastu kedai jualan mesti mahal ataupun stok keropok/barang2 lain akan habis...

Apa pun ummi rindu sesangat dengan suasana kampungku..sawah padi yang menghijau depan rumah, kalau musim manggis..sure Abah akan panjat pokok manggis dan makan kat atas pokok tu jugak atau macam biasa request dari Abah nak makan Gulai Ayam Kampung/Itik Serati  (kalau Abah dia akan sebut itik Sengoti..hahaha) atau pergi ke Jeram Pasu bawak semua kaum kerabat (terutamanya anak2 buah) dan macam-macam aktiviti lagila....

Sawah padi. Padi belum masak lagi ni...

Mmmm atas pokok manggis


Abah tengah bersihkan bulu ayam kampung nak buat Gulai 

Haziq aka Sepet seronok mandi air sejuuk kat Jeram Pasu

Apa pun gambar ni adalah gambar2 yang diambil pada tahun 2010-2011. Ini adalah aktiviti wajib  kalau balik kampung cuma sekali sekala dua kali dua kala kita tukar jugak tempatnya selain p jenguk saudara mara .

Tuesday, May 29, 2012

MOBY WRAP CARRIER....

Just want to share my experience using the MOBY WRAP carrier. Memang berbaloi beli sebab ia amat membantu Ummi semasa travel bulan lepas ke Langkawi...Jenuh jugak mencari mana ada jual Mobywrap  ni..ada juga brand lain spt BOBA WRAP (lebih kurang sama dengan Mobywrap) . Mobywrap ni Ummi beli online dengan tinytapir.com 
Langsung tak rasa lenguh atau sakit badan walaupun dok kendong Hannan ke sana ke mari...Hannan pun asyik tidoq jer. Dia rasa macam orang dok peluk dia kot.. tuu yang lena dipelukan tu.



Sekarang ni Ummi hanya perlu berMOBY jer kalau nak p shopping ke, nak p jenjalan ke atau kemana sahaja senang tak payah bawak stroller....

SELAMAT MENCUBA....

Mid Term School Holiday......First Time Tuition for Amna

Pagi ni Ummi pergi kerja lewat skit sebab nak hantar Amna tuition kat sekolahnya. Start jam 9.00 pagi hingga jam 11 pagi. Tuition ni untuk baca IQRA' dan Cahayaku sahaja. 3 hari je Selasa Rabu, Khamis..
Selesai jam 11.00 nanti Ibu ambil. Muallima Anom telefon nak bagi hadiah Amna masa Karnival PASTI Ahad lepas di ILP Banting. Memandangkan Ibu ambil Amna dengan motosikal...kenalah ambil hadiah Amna esok


Sebelum hantar Amna ke sekolah tadi, Ibu telefon bagitau Haziq nangis sebab sakit gigi....pulakkk...takda lak dia bagitau sakit gigi cuma semalam dia macam melawak cakap "Higi Hepet Hakit"(Gigi Sepet Sakit). Pastu dia sambung main ngan kakak, kacau kek, nonton TV......last masuk tidur macam biasa.

Lepas hantar Hannan terus bawa Haziq pergi Klinik Pergigian Utama kat TPG (Teluk Panglima Garang). Dah jam 9am doktor pun tak sampai lagi...tunggu punya tunggu dah jam 9.30am...pun Dr belum sampai...Haziq dah tak dok diam dah...lompat sana..panjat sini...dah...jom balik Angah...nanti kita datang balik petang nanti...di berinya appointment oleh receptionist jam 6.30 petang nanti datang balik...

Yang paling haru...on the way ummi p kerja, kat kesas jalan clear tapi masuk jer susur ke North Port jalan dah jem teruk. Call Abah katanya ada lori terbalik atas flyover ke Port Klang...sabarrr je la...

Monday, May 28, 2012

Suatu Permulaan

Selepas melahirkan Hannan January lalu,  Ummi Hani rasakan banyak perkara yang  Ummi Hani dah 'ketinggalan'...
Rasa 'ketinggalan' apabila  Ummi Hani tak merekod moment indah bersama keluarga dan anak -anak. Walau bagaimanapun tidak bermakna  Ummi Hani lupa terus saat2 indah itu. Cuma  Ummi Hani tak bleh nak tunjukkan bukti pada anak2 apabila mereka besar nanti.
Satu persoalan timbul.... ?? Adakah umur kita panjang untuk merekod/catit kisah ini??? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apapun Ummi Hani dan Abah Rahmat selalu berdoa agar dipanjangkan umur supaya dapat mendidik anak-anak Ummi Hani menjadi anak yang Soleh/Solehah.


6th Anniversary

Pejam celik....pejam celik...rupanya sudah 6 tahun Ummi hidup bersama seseorang yang boleh dikatakan juga sebagai kawan baik, teman seperjuangan, suami yang cukup understanding dan dikurniakan 3 permata berharga iaitu Amna, Haziq dan Hannan...ALHAMDULILLAH..Syukur padamu Ya ALLAH....


Ni gambor kami sekeluarga & Opah masa p Langkawi.... Bessstt..!!