Wednesday, October 3, 2012

Seram Sejuk 01...

Assalamualaikum.....wbt

Tajuk jer gempak Seram Sejuk tapi ceritanya takla seram sejuk sangat...hehehe..Kalau sudi nak baca silakan... inilah pengalaman ku....(pada Ummi ini adalah cerita seram yang kelakar)

24 SEPT 2005

Kali ni nak cerita kisah seram sejuk masa hari pertunangan Ummi. Menu hari tu adalah gulai kawah, ayam percik, ubi keledek sira (Serawa Ubi), acar timun, sambal belacan dan ikan kering goreng.
Tukang masak macam biasa Tok Mek and the Gang (Tok Mek dan adik beradiknya- Mak Nab, Mak Cik, Mak Som dan Maksu).

Mak Nab ditugaskan untuk membuat ayam percik. Semasa tengah dok buat tu..tetiba Mak Nab jatuh pengsan. Semua orang terkejut dan cepat-cepat pakat angkat masuk dalam rumah. Sapu air kat muka, kasi kipas bagi sejuk skit badan..yela kan panas sangat tengah bakar ayam, tu yang sampai jatuh pengsan.

Dalam tengahari semua lauk dah siap tinggal tunggu rombongan meminang sampai dalam pukul 2 ptg.
Majlis berjalan lancar dan selesailah urusan peminangan saya..hehehe.

Dalam pukul 7.00 petang, Ummi sekeluarga duduk di ruang tamu bersembang santai sambil pilih kain pasang mana yang berkenan di hati untuk di buat baju kurung (ada abang Adi, Tok Mek, Tok Ayah, Mak Long, Kak Fiza dan dua orang kanak2 comel. Masa ni Salman dengan Izzuddin baru berumur 6 bulan)

Tiba-tiba dua orang budak comel tu menangis. Ingatkan menangis biasa jer nakkan sesuatu tapi menangisnya sambil pejam mata. Kuat pulak tu....ini lain macam je..... lagi lagi tetiba je tok Mek cakap "Eeee geramnya aku..mari sini budak tu" sambil Tok Mek meluru pada Salman di riba Mak Long.
Dah tengok Tok Mek lain macam jer... Abang Adi terus meluru ambil Salman dan Izuddin suruh bawak masuk ke bilik cepat. Lepas tu, Adi pegang Tok Mek sebab Tok Mek dah meracau-racau dah.
Antaranya Tok Mek bagitau :

TokMek : "Hihi padan muka dia tu tadi, dah ada orang pengsan sebab tak nak bagi kat aku sikit"
Adi         : Sapa yang pengsan? Nak bagi apa???
TokMek : Tu tadi tuh yang pengsan kat dapur tu...padan muka dia..tu aku hempap kepala dia sebab tu dia
                pengsan..dia tak bagi aku ayam. Aku nak jugak. Aku lapar. Tak bagi sangat..hehe padan muka...
Adi        : La...kalu gitu mu la hok kacau Mak Nab pagi tadi...kamu nak ayam la ye...
TokMek : Ho la (sambil gelak-gelak).

Sambil dok bersembang dengan TokMek yang dirasuk tu, adik pergi panggil Ayah Aji untuk pulihkan TokMek. Sementara tunggu Ayah Aji sampai (dia nak datang selepas sembahyang Maghrib) Ummi dan Abang Adi saja ajak Tok Mek bersembang. Adi tanya:

Adi         : Mu duduk di mana??
TokMek : Tu...aku duduk atas pokok belakang rumah tu...pokok setto (pokok Manggis)...pokok hok nok
                mati tuh...aku la duduk...
Adi        : Oooo kalau macam tu...selama ni yang kami tengok ada pokok yang nak mati (daun kuning jer) tu
               kaula duduk ya..? Patuuttlaaa...
               (Belakang rumah Tokmek ada 5 pokok manggis, depan rumah ada 4 pokok manggis. Sian pokok manggis tu dah nak mati, memang semua daunnya menguning tapi selepas beberapa minggu, daun tu tumbuh subur dan menghijau balik. Kami tak terlintas plak ada makhluk daripada api yang tumpang atas pokok2 tu selama ni)

Tok Mek : Ho laa.....hehe..
Adi       : Takpalah...lepas ni aku nak tebang la pokok yang kau duduk tu....
TokMek : Kalu mu tebang pokok tu aku duduk atas tunggul dia..
Adi      : Aik menjawab pulak! Takpa...nanti aku cabut tunggul tu pulak, mu takdak tempat dah nak duduk
TokMek : hehe..takpa nanti aku duduk la dalam lubang dia
Adi      : Lama dah ke kau duduk sini?
TokMek : Hehe..aku lama dah dok sini. Mu...Mu...Mu...pon tak dok lagi sini eh (sambil dia tunjuk pada
                Adi, Ummi dan Mak Long)
Adi   : Mu ada tuan dak??
TokMek : Dah lam aku duduk sini. Aku takdak tuan sebab tu aku lapar. Taknak bagi sangat kat aku ayam
                percik tadi..padan muka.


Memang asyik betul dok bersembang. Pastu ajak sembang lagi Tokmek tak mau dah dia kata dia mengantuk. Pastu dia buat2 tidur. TokMek kata dia tak berani nak tengok Adi bila Adi suruh tengok mata dia tapi TokMek jengil mata dia kat Ummi..katanya Aku tak takut dengan mu....Eeee terus Ummi lari belakang Adi....takut dan terkejut..

Ayah Aji sampai rupanya..patutla dia buat2 nak tido.
Ayah Aji buat apa yang perlu dan dengan izin Allah Tok Mek dah tak di rasuk lagi.

Notahati: Itulah realiti kehidupan. Mungkin sesiapa yang tidak pernah menghadapinya mengatakan ianya karut tapi cerita di atas dialami sendiri oleh Ummi sekeluarga...Dan sememangnya banyak makhluk yang sepertinya yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Kalau nampak...hurm...tak taula macam mana kan....Kepada Allah sahaja tempat kita mohon pertolongan dan iblis dan syaitan tidak mampu memberi kemudaratan kepada kita manusia dan hanya Allah yang Maha Berkuasa.


.







No comments:

Post a Comment