Saturday, September 30, 2017

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1439M

Assalamualaikum,

Rasanya masih tidak terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada diri sendiri dan semua muslimin muslimat...
Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik bagi Maktam untuk perbaiki diri sebagai seorang hambaNya, sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu, sebagai seorang anak, sebagai seorang pekerja.
Semoga segala status yang di sebut itu dapat ditunaikan sebaik mungkin dari tahun2 sebelumnya

Maktam percaya, semua orang akan mendoakan yang baik2 sahajakan- semoga panjang umur, murah rezeki yang berkat dan di rahmatiNya selalu.

In sha Allah...Amiin



Wednesday, June 21, 2017

Cuti Nuzul Quran 2017

Throwback

Hari Nuzul Quran jatuh pada hari Isnin. Apa lagi....cuti jadi 3 hari ler...Sabtu, Ahad, Isnin...

Jadinya maktam pujuk ayah ngan mak nak bawak p umah Adik la kat KL....bukan apa...bleh depa tukaq angin skit drp dok terperap kat umah kami....
Mak ngan ayah bukan apa...depa tak nak nyusahkan menantunya yang dua orang ni katanya macam mana nak naik tingkat satu ke rumah Adik sbb rumah 4 tingkat tak ada lif.... Apa pun syukur depa setuju nak ikut p....sampai jer umah Adik, suami maktam Dan suami Adik angkat jer Mak ngan wheelchair Dia naik tangga....nahhhh settle....tingkat satu jer umah adik....Mak tergelak tak sangka menantu2nya nak angkat lagu tu....hahaha

Yang syoknya, maktam ngan suami jalankan misi yang rasanya impossible nak buat...dulu pernah kami terpikir nak ke jalan TAR berdua naik motor....bestnya...x da la rasa tension nak ngadap jem n nak parking jauh....

Maktam tak bli barang apa pun cuma minta paktam belanja makanan favourite yg lama dah tak makan sejak pindah Kuala Langat iaitu sadong (ikut pelat Haziq aka Sepet) JAGUNG......

Nota hati,
Walaupun apa y

Tuesday, May 30, 2017

Ramadhan Kareem 2017

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan hari ke-4

Terlalu cepat masa berlalu...rupanya hari ni hari ke 4 kita berpuasa ye....

Kali ni Maktam rasa cukup bermakna sebab puasa kali ni Maktam dapat berpuasa bersama2 dengan Mak dan Ayah. Dua minggu sebelum puasa Maktam balik kampung Kelantan ambil depa sebab kat sana depa berdua jer dok rumah arwah kakak. Selepas abang ipar (Paklong- suami arwah kakak) kawin, depa dok berdua jer sebab rumah isteri Paklong jauh rumahnya di Gong Kedak.

Mungkin Maktam Beraya di Teluk Panglima Garang memandangkan keadaan mak dan ayah Maktam yang tak berapa sihat dengan nak tempuh jem balik Kelantan musim perayaan (yang semua warga Kelantan sedia maklum kann...hihihi)

Semoga Ramadhan kali ni lebih baik berbanding tahun sebelum ini. In sha Allah, Ameen.

Nota Hati:
Selamat Bersahur


Sunday, May 7, 2017

HARI TERBUKA ARMADA, LUMUT, PERAK

Throwback gambar Hari Terbuka Armada minggu lepas bermula 28 April  - 30 April.

Tak mau cakap banyak...Belanja gambaq la dua tiga keping jadila. Panas litlit...muka maktam 'sun burn'

9



Saturday, May 6, 2017

KERABU NANAS IKAN TEMPURA.....MEMANG SEDAP

Masih dok teringat sedapnya makan Kerabu Nanas Ikan Tempura masa p Hari Terbuka Armada minggu lepas di Lumut,Perak.
Kat HTArmada tu ada Mini Maha salah satu Booth nya adalah milik Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Ni resepi dari depa la....Resepi berasaskan NANAS...

Jadinya harini sambil dok buat kerja2 hakiki dalam rumah...sempat siapkan kerabu Nanas Ikan Tempura ni

Bahan2 :
**semua bahan dihiris memanjang dan nipis
1/2 biji Nanas
1  batang Lobak Merah
5 Ulas Bawang Merah (maktam guna sebiji bawang merah besar je)
1 batang Bunga Kantan
3 Tangkai Cili Merah
3 Tangkai Cili Hijau
1 Cawan Sos Nanas (seperti gambar di bawah)
Gula dan Garam secukup rasa

Bahan Di goreng :
3 Keping isi ikan Dory di goreng tempura

Cara2 Membuatnya:
1. Isi ikan dory yang telah digoreng tadi di hiris halus/ potong dadu pun boleh
2. Masukkan semua bahan yang dihiris tadi ke dalam mangkuk bersama ikan tempura dan gaul rata
3. siap untuk di hidangkan



Nota Hati:
Maktam masak kerabu




Friday, April 14, 2017

Rasa Tenang Dan Bersyukur

Alhamdulillah....di hari Jumaat yang mulia ini, jiwa Dan hatiku merasa tenang dengan keputusan yang telah di buat. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Aku bersyukur padamu ya Allah keràna mengurniakan aku sekarang suami yang amat memahami Dan sentiasa member sokongan atas segala usaha Ku..

Nota hati
Berusaha sungguh2

Semangat Baru

Bercakap senang tetapi untuk melakukan dan merealisasikan apa yang kita cakap amat susah.....
Ini Kali.....saya nak Cuba buat sesuatu yang di luar rutin biasa....sebab rutin biasa saya bangun pagi, solat suruh siapkan anak2 ke sekolah.... Lepas tu saya akan ke tempat kerjà. Cukup bulan dah tau gaji akan masuk akaun.

Tetapi Kali ini...saya perlu melakukan sesuatu supaya ada pendapatan saya di hari mendatang.
Jadinya perlu berusaha melakukan pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil...In sha Allah

Ya allah, permudahkan lah urusanku. Amiin

Thursday, April 13, 2017

Pujuk hati

Sedih...sampai bila nak bersedih

Apapun terima kasih kepada group wassap MK post tentang Wanita Hebat.

🌸WANITA HEBAT🌸

» Wanita hebat bukan karena dia cantik
» Wanita hebat bukan karena dia kaya
» Wanita hebat bukan karena dia pintar
» Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki ganteng dan kaya

Tapi wanita hebat adalah :
» Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
» Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
» Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
» Bersabar saat tertekan
» Tersenyum saat hati menangis
» Diam saat terhina
» Mempesona karena memaafkan
» Mampu membalut luka hati dengan sabar
» Mampu meredam amarah dengan istighfar
» Mampu menghapus dendam dengan maaf.

Siapa wanita hebat ini???

Wednesday, April 12, 2017

Usia Menghampiri 40 Tahun

Selalu terkesan apabila melihat kalendar kuda atau mana-mana signbord yang tertulis tahun Hijriah 1438H.
Kenapa ekk??

Sebab umur saya akan ikut dua angka terakhir kalendar Islam. Tapi masih rasa macam awal 20-an (perasan). Cuba tanya lah siapa pun... akan rasa yang sama kan??




Tuesday, April 11, 2017

Selepas Setahun

Kali terakhir post dalam blog ni April 2016. Sekarang dah pun April 2017.

Hari ini ummi menjengah ke blog ni ingin meluahkan rasa sedih kerana mendapat berita bahawa permohonan ummi untuk mendapatkan kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur telah  di tolak.

Apapun ummi perlu bersyukur dan redha sebab mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Kita merancang dan Allah yang menentukan.
Sebagai hambanya yang lemah ummi percaya dengan perancangan Allah adalah yang terbaik. Apa yang penting ummi perlu berusaha dengan Plan B setelah tahu Plan A tidak berjaya.

Ummi percaya kegagalan ini akan menjadi titik tolak untuk ummi terus mara ke hadapan dengan sokongan sepenuhnya daripada keluarga
Semoga usaha dan niat murni ini di rahmati dan di berkati Allah
In sha Allah... Amiin

Nota hati:
'Will be" Working At Home Mom (WAHM)