Tuesday, November 27, 2012

Seram Sejuk # 2

Kisah kali ni berlaku semasa kita belajar di ITM Perlis, 14 tahun yang lalu. Masa tu kita Part 1- DIA. Kami semua adalah junior Part 1 dari pelbagai kursus diletakkan di Kolej Cendana. Langsung takda senior.

Bila tiba waktu final exam, semua orang lambat tidur. Masatu macam2 cerita la muncul..sampaikan nak pergi toilet pun pergi ramai-ramai...

Apapun kisah seram kali ni bukan lah berlaku lewat malam...tapi awal malam dalam pukul 8 mlm gitu. Ida pergi toilet nak mandi. Lepas bukak paip shower pastu dia mengadap pintu bilik air, dia ternampak makhluk itu..lepastu dia tidak sedarkan diri...Pengsan gamaknya...

Lepastu...kalutla semua orang. Bagitau warden, dia suruh hantar ke hospital. Ermmm...

Hantarla Ida ke Hospital Kangar. Saya yang perlu jaga sebab dalam waktu terdekat saya takde exam + saya juga AJK kolej...

Di hospital, doktor tak dapat kesan apa2 penyakit melainkan masuk air dalam badan je la... kena tahan wad.  Aku pun tunggu la Ida. Tidur di kerusi di sisi katilnya....

Dalam jam 3 pagi semasa semua orang nyenyak tidur tetiba kita dengar Ida macam menjerit. Aku dalam hati berkata " Sudah nak buat apa ni..tak terlintas pun aku nak panggil nurse." Padahal masa tu ada nurse tengah siapkan seorang pesakit yang baru sahaja admitted sebab asma depan katil Ida.
Kita tanya Ida kenapa.
Ida jawab " tu benda tu datang nak tarik dia pergi suatu tempat"
Kita tanya lagi : "Benda tu kat mana?"
Ida jawab : " Tuu kat atas
(Dalam hati kita berkata-kata, macam mana Ida nampak sedangkan dia tutup muka dia dengan selimut...erm takpalah mungkin dia boleh nampak kot..sambil tu aku pandang la ke atas...memang kita tak nampak apa-apa pun..)

Aku terus pergi ambil wudhuk kat toilet nun yang jauh di belakang, lepastu aku baca Yaasin. Pedulikan Makcik depan kita yang baru hantar anaknya masuk wad.mesti dia pelik tengok sikap aku tetiba jer bangun tidor p amik wudhuk baca Quran kan...

Setelah baca Yaasin hampir satu mukasurat...kita tanya Ida lagi benda tu kat mana?
Kata Ida..tuu atas palang langsir pesakit depan dia..aku pandang kat palang tu...KOSONG...

Baca lagi Yaasin... lepas tu aku tanya lagi...kat mana benda tu....
Ida kata dia dah dekat luar tingkap...dia marah sebab Ida tak nak ikut dia......
Aku pandang luar tingkap....KOSONG..hanya kegelapan di pagi hari..
Lepas tu Ida ok...bangun bersembang plak...

Dua tiga hari jugakla dia di tahan wad tapi sebab sakit tidak dapat dikesan.Akhirnya seorang Ustaz yang selalu mengajar di ITM datang pulihkan Ida dan Alhamdulillah..lepas tu dia ok.

Kita ada tanya Ida, macam mana rupa benda tu. Kata Ida rupa dia macam orang yang dah tua, kulit berkedut, mata dia merah, pakai baju warna putih tapi dah lusuh. Baju labuhnya takat lutut dan dah koyak2.
Ermm...bayangla sendiri...

Nota hati : Selalu ingat pesan ayah baca doa2 untuk mengelakkan diri dari di ganggu oleh makhuk halus. baca Al-Matsurat, Ayat seribu dinar dll. Apa yang penting hati kita tidak lalai..selalu mengingati Allah- zikir
* Peringatan untuk diri sendiri** InsyaAllah..


Monday, November 26, 2012

Assalamualaikum... Apa Habaq...

Udah lama tak update cerita2 yang boleh di kongsi dengan sesiapa yang sudi.

Sebenarnya Ummi sedang menyesuaikan diri di tempat kerja baru, dengan rutin kerja yang baru dan kawan2 yang baru juga. Setakat hari ini (Udah Sebulan Setengah), banyak yang Umi belajar dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tam (My hubby) sebab bagi semangat dan dorongan.
Dan Alhamdulillah, rakan sekerja yang sangat ringan tulang dan sabar mengajar Ummi dengan rutin Kerja yang baru. Hajar, Lela, Kak Yati, Bee Kuan, Ewan, Kak Mona, Kala, Liza, Kevin dan Abg Nuar. Terima Kasih atas tunjuk ajar kalian.