Saturday, January 12, 2013

Pagi Sabtu 12.01.2011......2 pagi


Assalamualaikum...

Jam 2 pagi pastinya semua orang di buai mimpi yang indah. Lagi indah sekiranya ada orang yang bangun untuk solat tahajjud pada waktu begini. (Peringatan untuk diri saya sendiri juga).
Tapi, apakan daya..Umi masih belum tidur kerana menemankan anak-anak Ummi - Amna dan Haziq yang masih belum tidur kerana rindu pada abahnya yang belum balik lagi ke rumah ( kerana menghadiri dinner yang dianjurkan oleh company di Holiday Villa Subang).

Dah banyak kali minta dua orang tu tidur sebab dah lewat , tapi kata depa nak tunggu Abah balik jugak....
Ummi terpaksa mengalah dan biarkan sahaja depa tonton TV sementara menanti Abah pulang. Lagipun, selalunya depa akan tidur sendiri kalau dah mengantuk sangat....

Apapun Ummi dengan Amna sebenarnya baru lepas makan nasi. Ummi memang lapar sebab balik kerja belum makan + Amna bagitau dia lapar = Makanlah nasi...kehkehkeh..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekadar Berkongsi Nota : 

WIRID MENGIKUT HARIAN - 1000 KALI SETIAP HARI (Menurut Imam Al Ghazali)

(i) JUMAAT

Ya Allah
                                                                 







(ii) SABTU

Tiada Tuhan Melainkan Allah
                                             





(iii) AHAD
Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup lagi berdiri dengan sendirinya (tidak perlu kepada penolongnya)







                    
(iv) ISNIN


Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan
dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi
dan Maha Besar
                                     
                                                       






(v) SELASA

      "Allahumma solli 'ala muhammad"
    Ya Allah rahmatilah ke atas nabi Muhammad s.a.w

                                       
(vi) RABU


Aku memohon ampun kepada Allah
Tuhan yang Maha Besar
                      
                                    





(vii) KHAMIS


Maha Suci Allah yang Maha Besar

                             





"Subhanallahil 'aziimi wabihamdih"
 Maha Suci Allah yang Maha Besar dan puji-pujian kepadaNya
              

Sumber Rujukan : Amalan Harian Sepanjang Zaman (disemak oleh Ustaz Hj Ismail Kamus)

****InsyaAllah semoga hidup diberkati dan dikekalkan taufiq dan hidayah serta mati dalam Iman*****


Nota hati:
Semoga perkongsian ini berguna walaupun telah ramai berkongsi hal yang sama.Ianya bukan untuk orang lain malah untuk diri saya sendiri mengamalkannya. Semoga Allah Memberkati.INSYAALLAH.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alahai...siannya Amna dan Haziq....akhirnya mereka terlena dengan sebotol susu. Tak tahan mengantuk sangat la tu.
Abahnya sampai di rumah jam 3 a.m....





Tuesday, January 1, 2013

Cerita Lawak - Wait a M*N*T....

Assalamualaikum wbt..

Mesti anda akan baca M*N*T sebagai Minit kan....??? Sebenarnya tidak...

Hahaha...Ummi ada satu cerita lawak dipagi hari.

Suatu pagi dalam pukul 9.30 pagi (siap ingat jam pukul berapa tu..sebab masa tu ummi baru lepas tengok jam kikiki) adala satu customer ni (Indian guy) masuk ke bank...bawa helmet dan backpack dia...Kawan saya yang kaunter sebelah saya yang entertain dia.

Kawan saya : Good Morning sir, Boleh saya bantu
Indian Guy : I want to check my account balance
Kawan Saya : Minta IC encik.
Indian Guy : WAIT A MONYET... opps silap plak...WAIT A MINUTE

Kawan Saya dan saya tergelak besar (tapi kena control jugakla gelak sebab ada customer lain kat depan kan). kakaka



Welcome 2013..

Assalamualaikum wbt

Selamat Tahun Baru 2013, 01.01.2013M / 18 Safar 1434H


Lagi 23 hari kita akan menyambut Maulidur Rasul = 24.01.13

Semua orang mengharapkan yang terbaik dalam apa jua perkara, memperbaiki apa yang terkurang dan pendek kata...SEMUA YANG TERBAIK DAN TERHEBAT. Walau bagaimana pun kita tidak lari daripada Ujian dari NYA yang Maha Kuasa selagi kita bernama hambaNya yang lemah.

Akhir kata, semoga hidup kita di berkati dan dilindungi olehNya. Amiin.

Wassalam..