Wednesday, November 4, 2015

Telenovela: Memori SPM 1996. (Sambungan)

Bismillah

...deruman enjin nissan 120y mengejutkan aku dari tidur...tidur yang panjang setelah selesai kelas tengahari tadi...

Allah...
Dah lambat, detikku dalam hati sambil mata melirik jam di dinding yang kusam

Kusam akibat asap dapur kayu mak...
Dari dapur itulah mak menyiapkan hidangan buat kami adik beradik.
Teringat janjiku dgn emak petang ni, aku kena ambik mak kat sekolah dia di kg tebuk yan...
Tam: Kereta sapu pak ndak aris berhenti betul betul di depan pintu rumah, pintu dibuka, kelihatan abah dan kimi keluar dari kereta tersebut...
Alamak...abah dah balik rupanya. Dah hampir 4 hari abah dan kimi ke alor setar, abah bawa kimi utk temuduga di sekolah maahad mahmud...
Argh...lagi lagi maahad mahmud...
Amira...
Abang chik...
....x dak sorang pun keturunan aku perangai macam hang...terngiang ngiang kata kata tok njang che ma, tok penakan aku yg pening dgn perangai gila gila aku. Kalau la aku pandai macam depa, dah tentu aku pun ke maahad mahmud.
Pasai apa...
Pasai apa...
Pasai apa hang lari pi hutan kemunting time orang masuk kelas?
Pasai apa hang lari pi kuma belakang sekolah arab time orang masuk kelas...
Ya allah...ampuni aku ya allah...beri peluang utk aku tebus kesalahan aku ya allah..
Mak hang mana?
Perkataan pertama yg keluar dari mulut abah seusai kereta sapu pakndak aris meninggalkan rumah kami...
Nak p ambik la ni, jawap ku spontan tanpa sedikitpun memandang wajah abah...

Hangpa berani ka?
Maunya batang kayu ubi hinggap tengah belakang kalau jawab lebih lebih...

Pasai pa x p ambik mak lagi? Dah pukoi berapa dah ni....?
Hampeh punya abang chik, hatiku mula memberontak...
Tadi dia bagitau dia nak p ambik mak, tup tup dia pun tebungkang tidoq...
Argh...malas cakap banyak, gaduh pun x guna, dah tentu aku kalah...enjin motor lantas kuhidupkan, sebaik kaki menekan gear 1, dari sayup kedengaran....
....assalamualaikum....
Lah...mak dah sampai rupanya, belum sempat aku nak pegi ambik, mak dah terpacul di depan kami...

Hebat mak ni...
Menuntut ilmu dari lebai hashim ke? Menurut cerita yg kudengar dari mulut ke mulut, tok wan aku (ayah mak aku- lebai hashim) seorang bomoh dan pengamal perubatan islam yang terkenal di pelusuk tanah air, sehinggakan sultan perak pun pernah menggunakan khidmat beliau...apakah ilmu tersebut turut diperturunkan kpd mak aku? Boleh ghaib tiba tiba? Dahsyay ni...
Melihat mak yg balik dari kg tebuk yan dgn berjalan kaki dan masih kepenatan...abah apalagi...

"Pasaipa hangpa biaq mak hangpa balik jalan kaki jauh jauh laguni?

Aku dok ada lagi pun hangpa buat mak hangpa lagu ni...aku baru p aloq setaq sat saja, dah biaq mak hangpa balik jalan kaki...esok esok AKU PI JAUH JAUH entahlah apa jadi kat mak hang....!!!"
Alamak, abah dah mengamuk... Abah dah marah, marah kepada aku kerana tdk menunaikan janji utk ambik mak selepas mak habis mengajar di sekolah arab kg tebuk yan...
Nak lari ka?
Nak jawab balik ka?
Nak mintak maap ka?
Tapi...awat abah kata "esok esok
AKU PI JAUH JAUH entahlah apa akan jadi kat mak hang....!!!
Aku terfikir...pi jauh jauh, abah nak pi mana jauh jauh? Paling jauh pun abah balik kg dia di sungai yan, kedah. Ni dia kata dia nak pi jauh jauh, dia nak p mana ni yg sebenarnya?
Arg...malas fikirlah dia nak p jauh jauh tang mana pun...mak dah balik pun, apa nak heran fikirku...
Basikal bawah rumah aku capai, lebih baik aku blah cepat. Pi terjun ayaq katoq lagi syok, dari denagar abah membebel...
Zas....babai abah, babai mak, babai kimi, abang chik...hang tunggu sat, lepaih ni hang mesti kena dengan aku.
Basikal aku kayuh cepat cepat, janji sebelum maghrib aku balik rumah sudah.
Lepas maghrib, aku dah ada kat rumah...mujur marah abah tidak berpanjangan...
Malam tu sebelum tidur aku sempat menghitung hari hari terakhir sebelum aku mengambil spm, terlintas di hati kejadian hari ni...
1.Mak balik jalan kaki
2.Abah marah sebab x ambik mak
3. Abah kata dia nak p jauh jauh
4. Opsss...amira ada call petang, dia cakap nanti exam jawab elok elok..aku nak cakap jugak kat dia yang aku sayang kat dia, tapi x berani cakap, hehehe
...tapi apa yang pasti, malam tu aku tidur lena walaupun kena marah dengan abah, sebab catitan aku yg no 4 diatas tu melupakan aku utk segala kejadian yg berlaku sepanjang hari ni...lupa segala galanya...lupa nak exam spm lagi 2 minggu....

****""********bersambung lagi****""""****

Telenovela : Memori SPM 1996

Bismillah,

Rentetan daripada cerita jiran dlm telenovela pertama sblm ni....suamiku mula mengarang novelnya;

Memori spm 1996...
Mat oooo mat
Mai lekaih tgk abah hang ni...
Panggilan mak tidak ku sahut, sambil jari membelek helai demi helai buku sains skor spm tahun 1994...buku pinjam dari sepupu yang baru habis spm tahun 1994
Abah ke laut
Mak buat kuih, setiap pagi sebelum naik bas ke sekolah, sudah menjadi rutin ku seharian menghantar kuih kedai setiap hari...jam 5 pagi aku dah bangu
Kedai pak in puchong, kedai tan suri, kedai pak awang...lambat sampai, kesian...pasti kuih yang mak buat x habis...
X sampai hati nak minta duit kat mak dgn abah...aku terpaksa meminjam buku dari sahabat handai dan ada juga buku buku sumbangan sepupu yang faham akan keaadaanku...
Syukur pada mu ya allah...masih ada yg mengerti dan faham rupanya....
Mat, mai lekaih...
Panggilan mak mematikan lamunan ku...
(Kebetulan lagu hit lamunan ku terhenti nyanyian aris ariwatan sedang beralun dari corong radio pemberian along sedang beralun...)
Awat pulak mak ni...
Orang nak studi ni, exam spm seminggu je lagi ni....
Mata lantas melirik kalendar kuda  di dinding...
Erm...19 oct 1996
Spm 26 oct 1996
Another 1 week to go bro...cakap orang putih tu kata ku dalam hati.
Kalau la hari tu aku couple dgn amira awek maahad mahmud alor setar tu, pergh...english aku mesti power kan...
Argh...berangan lagi
Tapi sungguh ku katakan, amira tu memang 1st love aku...
Nur amira bt md yusoff
Namamu meniti di bibir
Terukir di kalbu
...telah ku sediakan satu daerah paling sunyi buatmu...biar dirimu sentiasa bertahta di hatiku...
Argh...
Kejarlah cita cita
Jangan mengejar cinta
Kata kata mak terngiang ngiang di telinga
Rahmat!Mai lekaih
Mai tengok abah hang ni...
Awat dia jadi laguni....
Lah...mak panggil rupanya, lain macam bunyinya ni.
Pelik...petang tadi elok je abah dgn mak bergurau
Buku skor sains spm aku tutup perlahan lahan

Amira hilang
Spm hilang
Angan angan hilang
Aku lantas berlari dari tingkat atas ke bilik abah dengan mak...
Sementara itu di bilik bawah...tangisan mak tidak keruan seakan memanggilku utk terus berlari ke bilik mak...

Seminggu sebelum itu....

**********bersambung********


Telenovela : Cerita SPM 2015

Bismillah.
Dua hari lepas Cikgu Liz jiran sebelah post tentang cerita d bawah dlm group wa taman kàmi.

"Pagi ini seorang pljr maahad menjawab soalan BM2 dgn hati dan perasaan yg sgt sedih. Sebaik habis BM1 pada jam 10.15 anak bongsu yang manja ini disambut dgn berita kematian ayahnda tercinta. Pagi tadi sebelum ke dewan peperiksaan, dia menelefon maknya sebagaimana biasa sebelum menghadapi peperiksaan. Sebelum itu berkali2 dia menelefon ayahnya utk memohon doa restu tetapi tidak berjawab. Emaknya terpaksa berbohong ttg ayahnya yg telah menghembuskn nafas terakhir utk tidak mengganggu si anakyg akan berhadapan dgn BM1. Dalam tempoh 2 jam sebelum bermula BM2 pljr ini sempat mngucup wajah kaku ayahndanya yg sangat dirindui setelah 2 minggu tidak berjumpa...dan hari ini juga dia menyambut hari lahirnya yang ke-17
 Marilah kita sedekahkan Alfatihah buat arwah ayah  Norfatin Najhan bt Nasrudin, form 5 SMKA Maahad Muar 2015. Bapanya meninggal hari ini, hari first paper SPM. Al-Fatihah"

Nota hati,
Di haràpkan Adik ini bertabah hati Dan tidak semua orang di uji dengan ujian sebegini. Al-fatihah