Sunday, April 19, 2015

UMRAH Yang TERTUNDA 21.2.15 - Siri 4

Bismillah..... Assalamualaikum...

Nak sambung lagi cerita tentang UMRAH yang tertunda.....
Akhirnya group yang 9 orang itu pun sampailah d klia2 dgn selamat pd pukul  1:30ptg...agak2 APA tindakan agen ye....

1. Bincang dgn malindo Cari flight lain ke jeddah? Tak boleh sebab ticket AirAsia ke jeddah jam 12:30 dibeli menggunakan staff Id. Sekiranya terlepas flight ticket jadi tak valid. Kalau nak hantar jugak 9 orang ni pihak agent mesti top up duit untuk membolehkan pihak malindo Cari flight lain ke jeddah. Memang pihak agent taknak top up director 2 bgtau kami yang hanya director 1 Tariq shj yang boleh buat keputusan. 
2. Apakah penyelesaian pihak agent kepada 9 orang yang duduk Dan menunggu sahaja di klia2 ni? Pihak agent Ada mewakilkan adiknya utk memegang semua dokumen spt passport dll tapi Dia tidak membantu apa2 sebab asyik nak lari....Ada Ja hal Dia nak bust...beli airla, beli rotila..takut kami Tanya macam2....
Setelah diberi tempoh baru director 2 buat keputusan nak hantar 9 orang ni ke kota bharu balik.....

Pendek kata, memandangkan director 1 dah terlepas jam 12:30 tgh tadi....makanya yang 9 ni dah tak bleh pergi lah..... Mesti kena arrange trip lain...
Saya memang sangat2 letih berurusan dgn agen yang sangat2 tak professional.
Mana tak nya... Apa2 hal Dia tidak update jemaah.... Tinggal macamtu aje.... Pewaris pun tidak dimaklumkan tentang status 9 orang yang tertinggal...huhu kalau disenaraikan memang letihla.... Baik p makan aiskrim supaya sejuk hati ni sejuk...

Kalau Tanya sepatah....jawab sepatah kekadang tak jawab..... Bila dah kluar perkataan tak sepatutnya baru nak jawab siap cakap kita ni kurang ajar...

Tariq travel & services memang agen paling teruk pernah saya jumpa..

Setakat ini sahaja dulu....nanti sambung balik...

Wassalam