Tuesday, April 11, 2017

Selepas Setahun

Kali terakhir post dalam blog ni April 2016. Sekarang dah pun April 2017.

Hari ini ummi menjengah ke blog ni ingin meluahkan rasa sedih kerana mendapat berita bahawa permohonan ummi untuk mendapatkan kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur telah  di tolak.

Apapun ummi perlu bersyukur dan redha sebab mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Kita merancang dan Allah yang menentukan.
Sebagai hambanya yang lemah ummi percaya dengan perancangan Allah adalah yang terbaik. Apa yang penting ummi perlu berusaha dengan Plan B setelah tahu Plan A tidak berjaya.

Ummi percaya kegagalan ini akan menjadi titik tolak untuk ummi terus mara ke hadapan dengan sokongan sepenuhnya daripada keluarga
Semoga usaha dan niat murni ini di rahmati dan di berkati Allah
In sha Allah... Amiin

Nota hati:
'Will be" Working At Home Mom (WAHM)



No comments:

Post a Comment