Esok 31 Mei 2012 Ummi dah start cuti sampai 4 June 2012.
Dah plan macam-macam nak makan, mana tempat nak pergi tapi apapun tengok keadaan dan masa jugakla memandangkan ni time cuti sekolah,, mesti jalan akan jem..pastu kedai jualan mesti mahal ataupun stok keropok/barang2 lain akan habis...
Apa pun ummi rindu sesangat dengan suasana kampungku..sawah padi yang menghijau depan rumah, kalau musim manggis..sure Abah akan panjat pokok manggis dan makan kat atas pokok tu jugak atau macam biasa request dari Abah nak makan Gulai Ayam Kampung/Itik Serati (kalau Abah dia akan sebut itik Sengoti..hahaha) atau pergi ke Jeram Pasu bawak semua kaum kerabat (terutamanya anak2 buah) dan macam-macam aktiviti lagila....
Sawah padi. Padi belum masak lagi ni...
Mmmm atas pokok manggis
Abah tengah bersihkan bulu ayam kampung nak buat Gulai
Haziq aka Sepet seronok mandi air sejuuk kat Jeram Pasu
Apa pun gambar ni adalah gambar2 yang diambil pada tahun 2010-2011. Ini adalah aktiviti wajib kalau balik kampung cuma sekali sekala dua kali dua kala kita tukar jugak tempatnya selain p jenguk saudara mara .
No comments:
Post a Comment