Assalamualaikum dan Salam Ramadhan hari ke-4
Terlalu cepat masa berlalu...rupanya hari ni hari ke 4 kita berpuasa ye....
Kali ni Maktam rasa cukup bermakna sebab puasa kali ni Maktam dapat berpuasa bersama2 dengan Mak dan Ayah. Dua minggu sebelum puasa Maktam balik kampung Kelantan ambil depa sebab kat sana depa berdua jer dok rumah arwah kakak. Selepas abang ipar (Paklong- suami arwah kakak) kawin, depa dok berdua jer sebab rumah isteri Paklong jauh rumahnya di Gong Kedak.
Mungkin Maktam Beraya di Teluk Panglima Garang memandangkan keadaan mak dan ayah Maktam yang tak berapa sihat dengan nak tempuh jem balik Kelantan musim perayaan (yang semua warga Kelantan sedia maklum kann...hihihi)
Semoga Ramadhan kali ni lebih baik berbanding tahun sebelum ini. In sha Allah, Ameen.
Nota Hati:
Selamat Bersahur
Be Good... Be Bad... Just Be..... -SMILING for someone is SWEET. But making someone SMILE is the BEST FEELING. SMILE ALWAYS-
Tuesday, May 30, 2017
Sunday, May 7, 2017
HARI TERBUKA ARMADA, LUMUT, PERAK
Throwback gambar Hari Terbuka Armada minggu lepas bermula 28 April - 30 April.
Tak mau cakap banyak...Belanja gambaq la dua tiga keping jadila. Panas litlit...muka maktam 'sun burn'
Tak mau cakap banyak...Belanja gambaq la dua tiga keping jadila. Panas litlit...muka maktam 'sun burn'
Labels:
Jalan Jalan
Saturday, May 6, 2017
KERABU NANAS IKAN TEMPURA.....MEMANG SEDAP
Masih dok teringat sedapnya makan Kerabu Nanas Ikan Tempura masa p Hari Terbuka Armada minggu lepas di Lumut,Perak.
Kat HTArmada tu ada Mini Maha salah satu Booth nya adalah milik Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Ni resepi dari depa la....Resepi berasaskan NANAS...
Jadinya harini sambil dok buat kerja2 hakiki dalam rumah...sempat siapkan kerabu Nanas Ikan Tempura ni
Bahan2 :
**semua bahan dihiris memanjang dan nipis
1/2 biji Nanas
1 batang Lobak Merah
5 Ulas Bawang Merah (maktam guna sebiji bawang merah besar je)
1 batang Bunga Kantan
3 Tangkai Cili Merah
3 Tangkai Cili Hijau
1 Cawan Sos Nanas (seperti gambar di bawah)
Gula dan Garam secukup rasa
Bahan Di goreng :
3 Keping isi ikan Dory di goreng tempura
Cara2 Membuatnya:
1. Isi ikan dory yang telah digoreng tadi di hiris halus/ potong dadu pun boleh
2. Masukkan semua bahan yang dihiris tadi ke dalam mangkuk bersama ikan tempura dan gaul rata
3. siap untuk di hidangkan
Nota Hati:
Maktam masak kerabu

Subscribe to:
Posts (Atom)