Sunday, October 18, 2015

Bunga telur paper crepe - torqoise blue

Bismillah

Order from Linda ( also hubby' fren) from Penang....

Selamat courier to Penang


Thank you Linda..

Untuk tempahan hubungi 0196612327

Bunga telur paper crepe...pink

Bismillah,
Thank you to jefrinor (hubby' s fren) for your order


Untuk tempahan, hubungi saya 0196612337

Update pasal umrah yg tertunda

Bismillah...

Sebelah hampir 8 bulan, stakat ini syarikat Tariq hanya membayar rm5700 kepada Ibu saya...tapi payment masih belum sepenuhnya. Alhamdulillah...

Harap2 syarikat tersebut dapat melangsaikan hutang Ibu saya secepatnya sebab udah penat mengejar...huhu

Nota hati:
Ayah berpesan, jangan layan org yg 'bodoh' sbb  kalau d layan kita lah yg 'bodoh sebenarnya


Bunga telur manik - royal blue n mustard yellow

Bismillah...
Alhamdulillah syukur pada Allah atas rezeki Dan nikmatNya.

Sekarang ni saya sedang menyiapkan tempahan bunga telur dari kawan adik sebayak 200 pcs bunga telur..



Untuk tempahan, sila hubungi 0196612327

Nota hati:
Releasing stress

Sunday, April 19, 2015

UMRAH Yang TERTUNDA 21.2.15 - Siri 4

Bismillah..... Assalamualaikum...

Nak sambung lagi cerita tentang UMRAH yang tertunda.....
Akhirnya group yang 9 orang itu pun sampailah d klia2 dgn selamat pd pukul  1:30ptg...agak2 APA tindakan agen ye....

1. Bincang dgn malindo Cari flight lain ke jeddah? Tak boleh sebab ticket AirAsia ke jeddah jam 12:30 dibeli menggunakan staff Id. Sekiranya terlepas flight ticket jadi tak valid. Kalau nak hantar jugak 9 orang ni pihak agent mesti top up duit untuk membolehkan pihak malindo Cari flight lain ke jeddah. Memang pihak agent taknak top up director 2 bgtau kami yang hanya director 1 Tariq shj yang boleh buat keputusan. 
2. Apakah penyelesaian pihak agent kepada 9 orang yang duduk Dan menunggu sahaja di klia2 ni? Pihak agent Ada mewakilkan adiknya utk memegang semua dokumen spt passport dll tapi Dia tidak membantu apa2 sebab asyik nak lari....Ada Ja hal Dia nak bust...beli airla, beli rotila..takut kami Tanya macam2....
Setelah diberi tempoh baru director 2 buat keputusan nak hantar 9 orang ni ke kota bharu balik.....

Pendek kata, memandangkan director 1 dah terlepas jam 12:30 tgh tadi....makanya yang 9 ni dah tak bleh pergi lah..... Mesti kena arrange trip lain...
Saya memang sangat2 letih berurusan dgn agen yang sangat2 tak professional.
Mana tak nya... Apa2 hal Dia tidak update jemaah.... Tinggal macamtu aje.... Pewaris pun tidak dimaklumkan tentang status 9 orang yang tertinggal...huhu kalau disenaraikan memang letihla.... Baik p makan aiskrim supaya sejuk hati ni sejuk...

Kalau Tanya sepatah....jawab sepatah kekadang tak jawab..... Bila dah kluar perkataan tak sepatutnya baru nak jawab siap cakap kita ni kurang ajar...

Tariq travel & services memang agen paling teruk pernah saya jumpa..

Setakat ini sahaja dulu....nanti sambung balik...

Wassalam

Saturday, February 28, 2015

UMRAH YANG TERTUNDA ....... 21 Feb 2015 -Siri 3

21.2.2015

Hari yang ditunggu telah tiba.... Pukul 4 pagi, semua jemaah bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu.
Jemaah di minta top up lagi RM 400 seorang oleh agent... Tujuan? Depa ni tak Tanya la plak untuk apa, ikut aja sebab apa yg agent buat adalah untuk kemudahan depa....

Sebelum berlepas depa ni terbahagi kpd 2 group rupanya, baru tau pagi ni....tuan punya agent dengan beberapa orang ahli keluarganya termasuk tok ayah, Maksu dan Farid terbang dengan AirAsia.... Yang lain plak 9 orang dengan Malindo.... Group yang 9 ni semua orang tua Dan ada seorang sakit perlukan kerusi rodà.

Mereka menantikan flight mereka dengan sabar....delay dari satu jam....ke satu jam

Manakala anak cucu yang menunggu d klia2 tetap menunggu dengan sabar.... Walaupun ada yang mengambil keputusan untuk balik dulu kerana menganggap mereka akan check in terus utk ke Jeddah...
Ummi mengambil keputusan untuk terus menunggu sekurang2nya peluang untuk berjumpa masih ada atau kalaulah tidak berjumpa mereka sekalipun sekurang2nya hati berasa lega sebab mengetahui mereka telah berangkat ke sana

Tick tock tick tock tick tock

Jadual ketibaan pesawat Malindo dr KBR-KULtelah berubah Dari pukul 11:50am kepada 12.35pm..... Hari ini....terasa berdebar-debar.... Memikirkan situasi yang bakal berlaku selepas ini...

UMRAH YANG TERTUNDA...... 21 Feb 2015 - Siri 2

Setelah beberapa minggu, pihak agent (Tariq Travel &Tour sb) telah memaklumkan kepada anak2 cucu jemaah yang urusan ticket pergi & balik telah diuruskan... Kami ada group wassap yang akan update tentang UMRAH Dan Ziarah Ibu bapa Dan makcik2 kami....



Nota hati: semoga segala d permudahkan