Tuesday, November 27, 2012

Seram Sejuk # 2

Kisah kali ni berlaku semasa kita belajar di ITM Perlis, 14 tahun yang lalu. Masa tu kita Part 1- DIA. Kami semua adalah junior Part 1 dari pelbagai kursus diletakkan di Kolej Cendana. Langsung takda senior.

Bila tiba waktu final exam, semua orang lambat tidur. Masatu macam2 cerita la muncul..sampaikan nak pergi toilet pun pergi ramai-ramai...

Apapun kisah seram kali ni bukan lah berlaku lewat malam...tapi awal malam dalam pukul 8 mlm gitu. Ida pergi toilet nak mandi. Lepas bukak paip shower pastu dia mengadap pintu bilik air, dia ternampak makhluk itu..lepastu dia tidak sedarkan diri...Pengsan gamaknya...

Lepastu...kalutla semua orang. Bagitau warden, dia suruh hantar ke hospital. Ermmm...

Hantarla Ida ke Hospital Kangar. Saya yang perlu jaga sebab dalam waktu terdekat saya takde exam + saya juga AJK kolej...

Di hospital, doktor tak dapat kesan apa2 penyakit melainkan masuk air dalam badan je la... kena tahan wad.  Aku pun tunggu la Ida. Tidur di kerusi di sisi katilnya....

Dalam jam 3 pagi semasa semua orang nyenyak tidur tetiba kita dengar Ida macam menjerit. Aku dalam hati berkata " Sudah nak buat apa ni..tak terlintas pun aku nak panggil nurse." Padahal masa tu ada nurse tengah siapkan seorang pesakit yang baru sahaja admitted sebab asma depan katil Ida.
Kita tanya Ida kenapa.
Ida jawab " tu benda tu datang nak tarik dia pergi suatu tempat"
Kita tanya lagi : "Benda tu kat mana?"
Ida jawab : " Tuu kat atas
(Dalam hati kita berkata-kata, macam mana Ida nampak sedangkan dia tutup muka dia dengan selimut...erm takpalah mungkin dia boleh nampak kot..sambil tu aku pandang la ke atas...memang kita tak nampak apa-apa pun..)

Aku terus pergi ambil wudhuk kat toilet nun yang jauh di belakang, lepastu aku baca Yaasin. Pedulikan Makcik depan kita yang baru hantar anaknya masuk wad.mesti dia pelik tengok sikap aku tetiba jer bangun tidor p amik wudhuk baca Quran kan...

Setelah baca Yaasin hampir satu mukasurat...kita tanya Ida lagi benda tu kat mana?
Kata Ida..tuu atas palang langsir pesakit depan dia..aku pandang kat palang tu...KOSONG...

Baca lagi Yaasin... lepas tu aku tanya lagi...kat mana benda tu....
Ida kata dia dah dekat luar tingkap...dia marah sebab Ida tak nak ikut dia......
Aku pandang luar tingkap....KOSONG..hanya kegelapan di pagi hari..
Lepas tu Ida ok...bangun bersembang plak...

Dua tiga hari jugakla dia di tahan wad tapi sebab sakit tidak dapat dikesan.Akhirnya seorang Ustaz yang selalu mengajar di ITM datang pulihkan Ida dan Alhamdulillah..lepas tu dia ok.

Kita ada tanya Ida, macam mana rupa benda tu. Kata Ida rupa dia macam orang yang dah tua, kulit berkedut, mata dia merah, pakai baju warna putih tapi dah lusuh. Baju labuhnya takat lutut dan dah koyak2.
Ermm...bayangla sendiri...

Nota hati : Selalu ingat pesan ayah baca doa2 untuk mengelakkan diri dari di ganggu oleh makhuk halus. baca Al-Matsurat, Ayat seribu dinar dll. Apa yang penting hati kita tidak lalai..selalu mengingati Allah- zikir
* Peringatan untuk diri sendiri** InsyaAllah..


Monday, November 26, 2012

Assalamualaikum... Apa Habaq...

Udah lama tak update cerita2 yang boleh di kongsi dengan sesiapa yang sudi.

Sebenarnya Ummi sedang menyesuaikan diri di tempat kerja baru, dengan rutin kerja yang baru dan kawan2 yang baru juga. Setakat hari ini (Udah Sebulan Setengah), banyak yang Umi belajar dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tam (My hubby) sebab bagi semangat dan dorongan.
Dan Alhamdulillah, rakan sekerja yang sangat ringan tulang dan sabar mengajar Ummi dengan rutin Kerja yang baru. Hajar, Lela, Kak Yati, Bee Kuan, Ewan, Kak Mona, Kala, Liza, Kevin dan Abg Nuar. Terima Kasih atas tunjuk ajar kalian.


Friday, October 12, 2012

Last Day working @ Tanjung Harapan

Assalamualaikum,,,



15 September yang lalu,  Ummi telah menghantar surat perletakan jawatan dengan notis 30 hari di sebuah syarikat logistic. Rujuk pertama kali.

Dan hari ini, 12 Oktober merupakan hari terakhir Ummi di sini setelah hampir 3 tahun berkhidmat dengan komited dan jayanya...Ngeh...ngeh..ngeh
Semoga pihak syarikat dapat mencari pengganti yang lebih baik....hurmmmm

Walaupun hari ni last day...Ummi masih buat kerja seperti biasa macam esok kerja lagi...Esok Sabtu..memang hari Sabtu kerja pun kan...Kalau masih di sini la...!

Apa pun terima kasih kepada majikan yang memang baik dan bertanggungjawab semoga terus maju. Ummi tak mampu membalasnya....Semoga Allah Memberkati Kalian.. InsyaAllah...

Wish me luck and success at new place. InsyaAllah.


Sunday, October 7, 2012

Jam 6 pagi....

Assalamualaikum....

Ntah apa mimpi la 3 beradik ni bangun awal...selalu pukul 7 belum bangun lagi especially yang si kecik tu..Hannan...tengok...orang tengah sibuk nak siap pergi kerja dia bleh bangun layan kartun.. kakak pun belum mandi nak p sekolah...Angah plak seluar dah terbang sbb lepas p tak sarung balik seluarnya...eee malula....


Saturday, October 6, 2012

Jalan Jalan @ Setia City Mall

Assalamualaikum wbt

Sabtu lepas ajak Abah  ke Setia City Mall. Ajak sebab nak minta Abah belanja kasut baru..hahaha. Alhamdulillah...dia sudi nak belanja..Jazakallah dear
Alasannya, kasut semua dah tak bleh pakai..tumit lekang la, koyakla....yela..mana taknya dah lebih setahun tak pakai sebab tahun lepas kan pregnant...pastu pantang....tau tau bila dah boleh pakai (sekarang Hannan dah 8 bulan) bila nak pakai semua kasutku hancuss....mungkin kasut murah kot ....

Lepas cari kasut....kita kasi Amna & Haziq seronok kat fountain yang berwarna warni....



Ini sahaja hasil tangkapan di Setia City Mall...

Seperti biasa, Ummi akan pakai Mobywrap senang nak bawa Hannan jalan2. Pram dah lama peram kat rumah....hihi

Balik dari Setia City Mall, sempat singgah makan kenduri di rumah officemate Abah di Rantau Panjang - Lebai kahwin. (Ummi siap bawa jubah untuk pakai masa p kenduri..takkan nak pakai jeans kan...tak sesuaiii...)

Hari ahad tak available sebab Abang Ipar nak datang sekeluarga nak kenduri SUP KAMBING... merbelessss...




Friday, October 5, 2012

''Buat Salah...Tak Buat Pun Salah" apa mau buat???

Assalamualaikum....

Hehe...pagi tadi punya hal...(sesi luahan hati)

Cerita ini adalah benar semata-mata dan tidak menggunakan nama sebenar sahaja atas sebab2 tertentu...kikiki

Tajuk : Semua Salah

Mimi bekerja di Syarikat Boom hampir 3 tahun. Dan baru-baru ni dia telah menghantar surat perletakan jawatan kerana mendapat pekerjaan baru yang lebih baik. Walaupun telah meletakkan jawatan, Mimi masih  bekerja seperti biasa seakan-akan dia tak pernah menghantar surat untuk berhenti kerja. (Rajinnya diaaa)

Suatu hari, ada pelanggan (syarikat DSM) meminta menghantar barang-barang berupa goodies dari Semenanjung ke Sabah (Pegalungan & Mempakat Laut) dan Sarawak (pedalaman Miri, Bintulu). Menurut kata pelanggan banyak syarikat penghantaran tidak mempunyai perkhidmatan ke tempat tersebut (terutamanya Pegalungan dan Mempakat Laut) kerana terlalu pedalaman...

Mimi memaklumkan hal ini kepada Managing Director (MD) Syarikat Boom yang Syarikat DSM ingin membuat penghantaran ke pedalaman (Pegalungan dan Mempakat Laut). Apa MD kata pada Mimi? Hah..carilah dalam Google...you can suka Google2 cari info!.... (MD selalu perli mcm tu)
Mimi macam biasa Google jer lah tp tak dapat banyak info...Mmmmmm baik tanya Kak Moon di kota Kinabalu kan.....

Makanya, Mimi mendapatkan maklumat dari Cawangan Kota Kinabalu Syarikat Boom. Maklumat daripada sana memaklumkan.... Goodies boleh di hantar ke sana cuma untuk ke Mempakat Laut mengambil sedikit masa kerana bot yang pergi ke sana hanyalah seminggu sekali... Makkk Oiii...

Mimi pun bagitaulah info tu kepada Syarikat DSM ni dan dia bersetuju menggunakan Syarikat Boom untuk menghantar barang barang tersebut.
Mimi pun mendapatkan pengesahan daripada Kak Moon di Cawangan KK untuk menghantar barang tersebut dan mendapat Green Light lah....
Makanya, Mimi mengaturkan untuk mengambil barang2 Syarikat DSM di Puchong pagi esoknya dengan bahagian transport.

Pagi esoknya,

Trritt...trittt...MD interkom Mimi

MD        : Sapa suruh awak buat DMS punya shipment.??
Mimi      : Err ....(tak sempat nak jawab)
MD       : DMS tu customer saya...awak jangan kacau customer saya... (terus letak phone)

Apa Mimi rasa?????? (Atau kalau anda di tempat Mimi ...apa anda rasa???)

Mimi pun jadi pelik.....bukan ke selama ini Mimi yang dok tolong dia buat quotation, arrange transport dan jawab telefon, jawab E-mail  hampir 95% customer dia?? Kan Mimi report Direct pada MD....
Lagipun, Mimi tak dapat satu sen pun komisyen kalau buat shipment DSM ni....kenapa nak berebut customer plak....lagipun payment nanti pun masuk dalam akaun Syarikat Boom/Syarikat milik MD la...bukannya poket Mimi....Lagipun customer taknak tau sapa yang handle shipment dia...yang customer tau ada orang assist dia untuk penghantaran barang2 dia kannnn...kannnnn....Huh huh...sabar Mimi...sabar....bla..bla..bla..

Apa harus Mimi lakukan????
1. Rajin bekerja macam biasa ??
2. Buat Deeerrrkkk Jela....

Dua2 tak bleh buat kann... takpe Mimi...sabarla...lagi 5 hari.....:-) Peace Yo...

SMILE ALWAYS walau DALAM TANGIS