Dua bulan lalu... Rianya hari setiap anak, cucu, cicit, mendengarkan ibunya, bapanya, toknya, tokwannya telah mendaftarkan diri untuk menjadi tetamu Allah. Syukur padamu ya Allah......akhirnya tercapai jua hasrat mereka setelah sekian lama...
Urusan pembayaran pun berjalan lancar. RM6000 seorang. Alhamdulillah..... Dalam satu hari dia org buat passport dengan cucuk d hospital..... Siap....
Sesudah itu, depa pun menunggu dengan sabar, menanti hari keberangkatan untuk menjadi tetamu Allah sementara agent yg dibayar mendaftarkan visa Dan segalanya yang perlu...
Tokmek & Tok ayah dok menghitung hari... Semoga d permudahkan.... InsyaAllah...
Nota hati: Alhamdulillah..... Semoga mereka d permudahkan
Be Good... Be Bad... Just Be..... -SMILING for someone is SWEET. But making someone SMILE is the BEST FEELING. SMILE ALWAYS-
Sunday, February 22, 2015
Saturday, February 14, 2015
WELCOME BACK.....
Setelah 2 tahun berlalu....
Dah masuk pertengahan bukan Feb 2015.. Baru tergerak hari nak update blog yg dah bersawang ni....maklumla...bz sesangat sejak ada anak 4..(ramai ke kalau ada 4 anak??)
Terpulang pada individulah kan...ada yg suka ramai.... Ada yg tak...tepuk Dada Tanya hati sendiri....
Apapun, anak adalah anugerah Allah yg paling berharga, perlu d didik supaya menjadi anak2 yang soleh dan solehah
Insyaallah...ameen

Saturday, January 12, 2013
Pagi Sabtu 12.01.2011......2 pagi
Jam 2 pagi pastinya semua orang di buai mimpi yang indah. Lagi indah sekiranya ada orang yang bangun untuk solat tahajjud pada waktu begini. (Peringatan untuk diri saya sendiri juga).
Tapi, apakan daya..Umi masih belum tidur kerana menemankan anak-anak Ummi - Amna dan Haziq yang masih belum tidur kerana rindu pada abahnya yang belum balik lagi ke rumah ( kerana menghadiri dinner yang dianjurkan oleh company di Holiday Villa Subang).
Dah banyak kali minta dua orang tu tidur sebab dah lewat , tapi kata depa nak tunggu Abah balik jugak....
Ummi terpaksa mengalah dan biarkan sahaja depa tonton TV sementara menanti Abah pulang. Lagipun, selalunya depa akan tidur sendiri kalau dah mengantuk sangat....
Apapun Ummi dengan Amna sebenarnya baru lepas makan nasi. Ummi memang lapar sebab balik kerja belum makan + Amna bagitau dia lapar = Makanlah nasi...kehkehkeh..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekadar Berkongsi Nota :
WIRID MENGIKUT HARIAN - 1000 KALI SETIAP HARI (Menurut Imam Al Ghazali)
(i) JUMAAT
| Ya Allah |
(ii) SABTU
| Tiada Tuhan Melainkan Allah |
(iii) AHAD
| Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup lagi berdiri dengan sendirinya (tidak perlu kepada penolongnya) |
(iv) ISNIN
| Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar |
(v) SELASA
"Allahumma solli 'ala muhammad"
Ya Allah rahmatilah ke atas nabi Muhammad s.a.w
(vi) RABU
| Aku memohon ampun kepada Allah Tuhan yang Maha Besar |
(vii) KHAMIS
| Maha Suci Allah yang Maha Besar |
"Subhanallahil 'aziimi wabihamdih"
Maha Suci Allah yang Maha Besar dan puji-pujian kepadaNya
Sumber Rujukan : Amalan Harian Sepanjang Zaman (disemak oleh Ustaz Hj Ismail Kamus)
****InsyaAllah semoga hidup diberkati dan dikekalkan taufiq dan hidayah serta mati dalam Iman*****
Nota hati:
Semoga perkongsian ini berguna walaupun telah ramai berkongsi hal yang sama.Ianya bukan untuk orang lain malah untuk diri saya sendiri mengamalkannya. Semoga Allah Memberkati.INSYAALLAH.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alahai...siannya Amna dan Haziq....akhirnya mereka terlena dengan sebotol susu. Tak tahan mengantuk sangat la tu.
Abahnya sampai di rumah jam 3 a.m....
Labels:
AmnA and HaziQ,
wirid
Tuesday, January 1, 2013
Cerita Lawak - Wait a M*N*T....
Assalamualaikum wbt..
Mesti anda akan baca M*N*T sebagai Minit kan....??? Sebenarnya tidak...
Hahaha...Ummi ada satu cerita lawak dipagi hari.
Suatu pagi dalam pukul 9.30 pagi (siap ingat jam pukul berapa tu..sebab masa tu ummi baru lepas tengok jam kikiki) adala satu customer ni (Indian guy) masuk ke bank...bawa helmet dan backpack dia...Kawan saya yang kaunter sebelah saya yang entertain dia.
Kawan saya : Good Morning sir, Boleh saya bantu
Indian Guy : I want to check my account balance
Kawan Saya : Minta IC encik.
Indian Guy : WAIT A MONYET... opps silap plak...WAIT A MINUTE
Kawan Saya dan saya tergelak besar (tapi kena control jugakla gelak sebab ada customer lain kat depan kan). kakaka

lawak
Welcome 2013..
Assalamualaikum wbt
Selamat Tahun Baru 2013, 01.01.2013M / 18 Safar 1434H
Lagi 23 hari kita akan menyambut Maulidur Rasul = 24.01.13
Semua orang mengharapkan yang terbaik dalam apa jua perkara, memperbaiki apa yang terkurang dan pendek kata...SEMUA YANG TERBAIK DAN TERHEBAT. Walau bagaimana pun kita tidak lari daripada Ujian dari NYA yang Maha Kuasa selagi kita bernama hambaNya yang lemah.
Akhir kata, semoga hidup kita di berkati dan dilindungi olehNya. Amiin.
Wassalam..

New Year
Tuesday, November 27, 2012
Seram Sejuk # 2
Kisah kali ni berlaku semasa kita belajar di ITM Perlis, 14 tahun yang lalu. Masa tu kita Part 1- DIA. Kami semua adalah junior Part 1 dari pelbagai kursus diletakkan di Kolej Cendana. Langsung takda senior.
Bila tiba waktu final exam, semua orang lambat tidur. Masatu macam2 cerita la muncul..sampaikan nak pergi toilet pun pergi ramai-ramai...
Apapun kisah seram kali ni bukan lah berlaku lewat malam...tapi awal malam dalam pukul 8 mlm gitu. Ida pergi toilet nak mandi. Lepas bukak paip shower pastu dia mengadap pintu bilik air, dia ternampak makhluk itu..lepastu dia tidak sedarkan diri...Pengsan gamaknya...
Lepastu...kalutla semua orang. Bagitau warden, dia suruh hantar ke hospital. Ermmm...
Hantarla Ida ke Hospital Kangar. Saya yang perlu jaga sebab dalam waktu terdekat saya takde exam + saya juga AJK kolej...
Di hospital, doktor tak dapat kesan apa2 penyakit melainkan masuk air dalam badan je la... kena tahan wad. Aku pun tunggu la Ida. Tidur di kerusi di sisi katilnya....
Dalam jam 3 pagi semasa semua orang nyenyak tidur tetiba kita dengar Ida macam menjerit. Aku dalam hati berkata " Sudah nak buat apa ni..tak terlintas pun aku nak panggil nurse." Padahal masa tu ada nurse tengah siapkan seorang pesakit yang baru sahaja admitted sebab asma depan katil Ida.
Kita tanya Ida kenapa.
Ida jawab " tu benda tu datang nak tarik dia pergi suatu tempat"
Kita tanya lagi : "Benda tu kat mana?"
Ida jawab : " Tuu kat atas
(Dalam hati kita berkata-kata, macam mana Ida nampak sedangkan dia tutup muka dia dengan selimut...erm takpalah mungkin dia boleh nampak kot..sambil tu aku pandang la ke atas...memang kita tak nampak apa-apa pun..)
Aku terus pergi ambil wudhuk kat toilet nun yang jauh di belakang, lepastu aku baca Yaasin. Pedulikan Makcik depan kita yang baru hantar anaknya masuk wad.mesti dia pelik tengok sikap aku tetiba jer bangun tidor p amik wudhuk baca Quran kan...
Setelah baca Yaasin hampir satu mukasurat...kita tanya Ida lagi benda tu kat mana?
Kata Ida..tuu atas palang langsir pesakit depan dia..aku pandang kat palang tu...KOSONG...
Baca lagi Yaasin... lepas tu aku tanya lagi...kat mana benda tu....
Ida kata dia dah dekat luar tingkap...dia marah sebab Ida tak nak ikut dia......
Aku pandang luar tingkap....KOSONG..hanya kegelapan di pagi hari..
Lepas tu Ida ok...bangun bersembang plak...
Dua tiga hari jugakla dia di tahan wad tapi sebab sakit tidak dapat dikesan.Akhirnya seorang Ustaz yang selalu mengajar di ITM datang pulihkan Ida dan Alhamdulillah..lepas tu dia ok.
Kita ada tanya Ida, macam mana rupa benda tu. Kata Ida rupa dia macam orang yang dah tua, kulit berkedut, mata dia merah, pakai baju warna putih tapi dah lusuh. Baju labuhnya takat lutut dan dah koyak2.
Ermm...bayangla sendiri...
Nota hati : Selalu ingat pesan ayah baca doa2 untuk mengelakkan diri dari di ganggu oleh makhuk halus. baca Al-Matsurat, Ayat seribu dinar dll. Apa yang penting hati kita tidak lalai..selalu mengingati Allah- zikir
* Peringatan untuk diri sendiri** InsyaAllah..

seram sejuk
Monday, November 26, 2012
Assalamualaikum... Apa Habaq...
Udah lama tak update cerita2 yang boleh di kongsi dengan sesiapa yang sudi.
Sebenarnya Ummi sedang menyesuaikan diri di tempat kerja baru, dengan rutin kerja yang baru dan kawan2 yang baru juga. Setakat hari ini (Udah Sebulan Setengah), banyak yang Umi belajar dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tam (My hubby) sebab bagi semangat dan dorongan.
Dan Alhamdulillah, rakan sekerja yang sangat ringan tulang dan sabar mengajar Ummi dengan rutin Kerja yang baru. Hajar, Lela, Kak Yati, Bee Kuan, Ewan, Kak Mona, Kala, Liza, Kevin dan Abg Nuar. Terima Kasih atas tunjuk ajar kalian.
Subscribe to:
Posts (Atom)